Berita Melayu

Hii King Chiong : Sokongan Penuh Kepada Ketua Menteri & Jangan Ulangi Drama Sabotaj

04.05.2018--Penasihat Kehormat Seumur Hidup Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lung Kung Miri Dato Hii King Chiong berharap kejadian sabotaj tidak akan berulang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang. Beliau merayu kepada orang ramai supaya bersatu dan memberi sokongan penuh kepada pasukan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk kemenangan pilihan raya yang seterusnya akan menggesa kerajaan persekutuan memberi perhatian serius kepada Sarawak dan memulangkan kuasa autonomi kepada kerajaan negeri.

Hii King Chiong Memberi Pelukan Sebagai Sokongan

28.04.2018--Bekas calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut pada pilihan raya negeri yang lalu Dato Hii King Chiong merayu kepada pengundi untuk memberi sokongan penuh kepada konsep politik Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan memberikan undi kepada calon BN supaya dapat menuntut lebih banyak kuasa autonomi daripada kerajaan persekutuan melalui gabungan kuasa rakyat.

Syarikat China Terkemuka Lawat Sarawak Untuk Peluang Pelaburan

30.08.2017--Chongqing International Investment Consultation Group Co Ltd dari China dan syarikat tempatan Solid Sunland Sdn Bhd sebelum ini telah menandatangani memorandum persefahaman dan kerjasama untuk menerokai peluang-peluang pelaburan dalam pelbagai projek di Sarawak.

Chongqing International Investment Meneliti Peluang Pelaburan Di Sarawak

28.08.2017--Chongqing International Investment Consultation Group Co Ltd dari China dan syarikat tempatan Solid Sunland Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman dan kerjasama untuk menerokai peluang-peluang pelaburan dalam pelbagai projek di Sarawak.

Hii King Chiong Tidak Akan Bertanding Pada PRK

19.05.2017--Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut telah ditetapkan pada 4 Julai tetapi Dato Hii King Chiong yang pernah bertanding sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN) di konstituensi tersebut, telah mengesahkan bahawa beliau tidak akan mengambil bahagian dalam PRK itu.

Hii King Chiong Akan Membuat Keputusan Selepas Keputusan SPR Diumumkan

17.05.2017--Dato Hii King Chiong enggan membuat sebarang pernyataan sama ada akan bertanding jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut. Katanya, beliau hanya akan mengulas selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan tersebut.

Hii King Chiong : Buat Sumbangan Ikhlas & Jangan Menyimpang Daripada Misi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

06.03.2017--Pengerusi Lembaga Kehormat Tetap SM Pei Min Miri Dato Hii King Chiong berkata pendidikan Cina merupakan akar budaya Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) pula memastikan budaya diwariskan dari generasi ke generasi. Gabungan usaha semua pihak akan memastikan pembangunan berterusan pendidikan Cina bagi mewariskan dan menggalakkan budaya Cina.

Hii King Chiong : Kalah Menang Tidak Relevan Tetapi Kebenaran Adalah Penting

26.10.2016--Walaupun petisyen untuk membatalkan keputusan bagi konstituensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut telah ditolak, Dato Hii King Chiong menganggapnya sebagai satu permulaan baru dan percaya bahawa kebenaran akan didedahkan satu hari nanti.

Hii King Chiong : Realiti Jauh Mengatasi Kepetahan Lidah, Kebenaran Akan Didedahkan Tidak Lama Lagi

30.09.2016 --Realiti jauh mengatasi kepetahan lidah, kebenaran akan didedahkan melalui mahkamah satu hari nanti!

Hii King Chiong : Tujuan Saya Melindungi Kepentingan Sarawak Dan Bukannya Saya Enggan Menerima Kekalahan!

21.06.2016--Berkenaan dengan tuntutan dua kerakyatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon, calon langsung Barisan Nasional (BN) Dato Hii King Chiong melahirkan rasa kecewa dengan pernyataan Ting bahawa beliau enggan menerima keputusan pengundi Pujut. Jelasnya, beliau  menghormati dan menerima sepenuhnya keputusan pilihan raya tetapi tetap berjuang untuk melindungi kepentingan rakyat Sarawak dan akan menyerahkan siasatan untuk kebenaran kepada prosedur undang-undang.

Pages