Hii King Chiong : Sokongan Penuh Kepada Ketua Menteri & Jangan Ulangi Drama Sabotaj

04.05.2018--Penasihat Kehormat Seumur Hidup Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lung Kung Miri Dato Hii King Chiong berharap kejadian sabotaj tidak akan berulang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang. Beliau merayu kepada orang ramai supaya bersatu dan memberi sokongan penuh kepada pasukan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk kemenangan pilihan raya yang seterusnya akan menggesa kerajaan persekutuan memberi perhatian serius kepada Sarawak dan memulangkan kuasa autonomi kepada kerajaan negeri.

Hii hadir memberi ucapan malam ini pada majlis penerimaan jawatan bagi jawatankuasa baru merangkap program “Kehebatan Pekerja, Kemuliaan Buruh” yang dianjurkan oleh Persatuan Penganut Dewa Some Shak Lung Kung Miri. Beliau berkata sejak pelantikan Datuk Patinggi Abang Johari, ketua menteri tesebut telah memberi keutamaan tertinggi kepada masa depan Sarawak. “Selain memberi keutamaan terhadap pendidikan, beliau juga telah melaksanakan beberapa rancangan transformasi ekonomi termasuk menarik pelaburan asing dan menaik taraf infrastruktur. Ketua Menteri kita mengutamakan kepentingan Sarawak dan rakyatnya. Sebagai rakyat Sarawak, kita mesti memberi sokongan penuh untuk memastikan pasukannya mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum dan terus berkhidmat kepada rakyat.”

Beliau menekankan bahawa musuh yang boleh dilihat tidak mengerikan dan musuh halimunan adalah paling menakutkan. Seperti kata pepatah, “Lebih baiknya syaitan yang diketahui, daripada syaitan yang tidak diketahui”. Perkara yang paling menyedihkan dan mengecewakan adalah apabila seseorang yakin akan mencapai kemenangan dengan sokongan yang besar tetapi akhirnya tewas di tangan orangnya sendiri.

Hii memberi kiasan bahawa hati manusia adalah seperti perigi yang tidak diketahui kedalamannya dan sesetengah orang akan berbuat apa-apa sahaja secara tidak bertanggungjawab untuk mencapai matlamat mereka. Katanya, beliau mempunyai pengalaman yang mendalam pada pilihan raya negeri yang lalu dan tidak kira betapa banyak dan baik yang anda lakukan, tetap adanya orang yang menyakiti anda untuk kepentingan peribadi.

Untuk mengelakkan peristiwa sabotaj daripada berulang, Hii merayu kepada semua orang untuk bersatu dan memberi sokongan penuh kepada calon BN.

Beliau berkata bahawa Datuk Sebastian Ting telah dipilih secara teliti oleh ketua menteri sebagai calon BN dan wakil terbaik untuk kerusi Parlimen Miri. Tambahnya, kemenangan Ting ialah kemenangan Ketua Menteri dan juga harapan baru Miri. “Kali ini kita bukan saja akan menang, tetapi menang dengan keputusan yang menyerlah untuk menunjukkan sokongan mutlak terhadap kecemerlangan prestasi Ketua Menteri kita.”

Hii berjanji akan memberi bantuan penuh untuk menolong BN memenangi semula kerusi parlimen pada pilihan raya umum ini dan memberi sokongan penuh kepada calon BN demi kesejahteraan rakyat Sarawak.