Penduduk Meminta Hii King Chiong Untuk Bantuan Dalam Menyelesaikan Ketidaksempurnaan Jalan Pujut

26.06.2015--Infrastruktur jalan yang tidak lengkap di Pujut 1A kerap menyebabkan kemalangan. Penduduk telah meminta Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong untuk bantuan beliau dalam merujuk masalah tersebut kepada majlis tempatan.

Hii, bersama dengan Pengerusi UPP Pujut kaunselor Bruce Chai, Pengerusi UPP Senadin kaunselor Keith Chin dan kaunselor Sim Poh Giap, hari ini mengunjungi penduduk Pujut 1A Soo Mei Kong untuk lebih memahami situasi tersebut.

Soo berkata bahawa jalan itu sebenarnya lorong dua hala tetapi peliknya bahagian tengah jalan menyempit ke dalam satu lorong tunggal dan bahagian tepi jalan ditumbuhi rumput rumpai yang meliputi longkang kecil kira-kira 270 kaki panjang.

“Telah berlaku beberapa kejadian pada waktu malam apabila dua kenderaan yang bertentangan bertemu dan pemandu menyangka longkang tersembunyi adalah jalan dan terpandu ke dalam longkang secara tidak sengaja.”

Soo berkata beliau telah menetap di kawasan itu sejak tahun 1989 dan penduduk telah mendesak pihak berkuasa untuk membesarkan jalan tetapi tidak berhasil. Oleh itu, beliau berpaling kepada Majulah Miri untuk bantuan dan berharap Hii boleh menolong menyelesaikan masalah infrastruktur tersebut demi keselamatan para pengguna.

Katanya, beliau tidak dapat memikirkan sesiapa lagi selain Hii yang dapat memberi bantuan tersebut.

Hii berjanji akan membuat pertanyaan kepada Majlis Bandaraya Miri untuk mengkaji dan menyelesaikan masalah tersebut.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2057","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]