Hii King Chiong Berharap Untuk Bekerjasama Dengan Wakil Rakyat Untuk Menyelesaikan Masalah Rakyat
17.06.2015--Memandangkan wujudnya banyak masalah penduduk-penduduk di Miri, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong berharap untuk bekerjasama dengan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Beliau juga meminta wakil rakyat supaya bekerjasama sesama mereka dan bukannya bertengkar tanpa gunanya kerana terdapat terlalu banyak isu-isu kehidupan yang perlu diselesaikan yang memerlukan usaha bersama semua pihak.
“Kita mesti menjaga keperluan rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Kita mesti memberi perkhidmatan tanpa sempadan.”
Hii berkata beliau mempunyai perasaan istimewa untuk kawasan Krokop kerana beliau pernah tinggal di situ dan oleh itu beliau amat gembira dapat berkhidmat kepada para penduduk Krokop.
Berhubung dengan masalah perparitan Jalan Jee Foh 8 dan Jalan Krokop 4, beliau berpendapat bahawa Majlis Bandaraya harus membantu menyelesaikan masalah di kawasan-kawasan perumahan itu setelah mengutip cukai pintu selama lebih 40 tahun lamanya daripada para penduduk.
Beliau juga memberi jaminan kepada penduduk Krokop bahawa beliau akan melakukan yang terbaik setinggi-tinggi keupayaannya untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.
Turut menghadiri pemeriksaan sistem perparitan di Jalan Jee Foh 8 dan Jalan Krokop 4 hari ini ialah jurutera bahagian (Miri dan Bintulu) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Law Wee, kaunselor Bruce Chai, kaunselor Keith Chin, kaunselor Sim Poh Giap dan lain-lain lagi.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2004","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]