Hii King Chiong Berharap Generasi Muda Terus Mengekalkan Tradisi Menghormati Golongan Yang Lebih Tua

13.06.2015--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Klan Koh Yang Xu Bahagian Miri Dato Hii King Chiong berharap generasi muda akan terus mengekalkan tradisi mulia menghormati golongan yang lebih tua. Pelbagai program dan aktiviti boleh dianjurkan untuk menggalakkan hubungan antara ahli-ahli.

Tetamu kehormat Hii membuat kenyataan tersebut dalam ucapannya di Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Persatuan Klan Koh Yang Xu Bahagian Miri, Sambutan Ulang Tahun Ke-12 Bahagian Wanita, Belia & Veteran dan Malam Mengenang Jasa Ibu Bapa.

Beliau berkata, sejarah klan dan nama keluarga merupakan ciri penting sejarah dan budaya Cina. Rekodnya yang lengkap memaparkan sejarah yang lama dengan fakta dan budaya yang menarik.

“Kita memahami bahawa nama keluarga adalah mustahak bagi menjejaki keturunan dan mengimbas kembali sejarah. Lebih penting lagi, ia juga menggalakkan hubungan dan persefahaman untuk masa depan yang lebih baik.”

Hii menjelaskan bahawa persatuan klan ialah sejenis organisasi persaudaraan dan ‘darah lebih kental daripada air’ dalam Klan Xu. Beliau berharap jawatankuasa persatuan akan mengutamakan hubungan tanpa mengira etnik dan agama dalam semua perkara persatuan untuk manfaat semua ahli.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1991","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]