Jimmy Memuji Hii King Chiong yang Berjuang Untuk Rakyat Demi Jambatan Baru
11.06.2015--Ketua Kaum Kampung Bidayuh Taman Tunku di Kampung Lusut Encik Jimmy Nyahen memuji Dato Hii King Chiong kerana menepati janjinya dalam berjuang untuk rakyat demi jambatan baru dan menyelesaikan masalah infrastruktur pengangkutan Kampung Lusut.
Jimmy berkata penduduk kampung telah lama mengharapkan sebuah jambatan Sungai Lusut yang baru. Mereka meminta bantuan daripada ketua Majulah Miri Hii yang segera mengambil tindakan dan seterusnya membawa berita baik kepada penduduk kampung pada hari ini.
Jimmy berkata projek pembinaan jambatan baru telah tertangguh terlalu lama tanpa sebarang perkembangan langsung. Oleh itu, mereka telah meminta bantuan daripada Ketua Majulah Miri Hii dan akhirnya juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat dan Hii mengumumkan berita baik yang menggembirakan para penduduk pada hari ini.
Beliau menyatakan bahawa terdapat 6 buah kampung di Lusut, Lambir (termasuk Kampung Bidayuh) dengan kira-kira 370 keluarga dan 5,000 penduduk. Jambatan baru bukan sahaja akan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk kampung tetapi juga kepada semua orang yang melalui kawasan itu.
Jimmy memuji Hii kerana menepati janjinya dan membantu dalam merujuk permintaan itu kepada pihak berkuasa. Penduduk Kampung Bidayuh hari ini juga datang beramai-ramai untuk menunjukkan rasa hormat, penghargaan dan sokongan.
Jimmy berkata Hii menasihatinya agar mendapatkan persetujuan daripada penduduk kampung untuk menyokong permohonan bagi pembinaan jambatan baru. Beliau kemudian mengumpulkan tandatangan dan menyerahkan dokumen-dokumen permohonan kepada Hii dengan harapan permohonan itu akan diluluskan menerusi pertolongan Hii.
Beliau menambah, jambatan baru tersebut bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Lusut tetapi juga kepada orang-orang yang menuju ke tanah-tanah perkuburan di Lambir dan pengguna-pengguna lain yang melalui kawasan itu setiap hari.