Jalan-Jalan Rosak Di Kawasan Perumahan Taman Spring Akan Diturap Semula
10.06.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong menyeru Majlis Bandaraya untuk menjalankan kerja penurapan semula jalan ke atas jalan-jalan rosak di kawasan perumahan Taman Spring yang tidak pernah dibaiki selama 30 tahun lebih.
Seorang penduduk menyatakan bahawa dia tidak pernah langsung melihat kerja penyelenggaraan dijalankan oleh pihak berkuasa sejak beliau berpindah ke kawasan itu lebih dari 30 tahun yang lalu.
Beliau berkata jalan-jalan rosak itu tidak rata dan banyak berlubang akibat haus dan lusuh daripada penggunaan lalu lintas selama ini.
Hii menerima aduan daripada seorang penduduk tempatan dan segera membuat lawatan ke kawasan perumahan tersebut bersama dengan jurutera dan kaunselor-kaunselor Majlis Bandaraya.
Selepas pemeriksaan, Hii membuat permintaan kepada Majlis Bandaraya untuk menjalankan kerja penurapan semula jalan bagi menyediakan infrastruktur jalan yang baik kepada penduduk tempatan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1966","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"318","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]