Persatuan Penganut Sha Jiang Miri Mengadakan Majlis Sambutan Pengasasan Persatuan, Hii King Chiong Dijemput Sebagai Tetamu Kehormat
28.03.2015--Persatuan Penganut Sha Jiang Miri telah diluluskan dan didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada bulan Julai 2014. Majlis angkat sumpah pelantikan ahli jawatankuasa pertama merangkap sambutan makan malam pengasasan persatuan akan diadakan di Restoran Boulevard pada jam 6:30 petang pada 6 Mei 2015.
Persatuan Penganut Sha Jiang Miri ditubuhkan untuk menggalakkan ajaran, mewujudkan keimanan di kalangan orang ramai, menyebarkan merit suci, membasmi amalan buruk, memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berbuat baik, menggalakkan keharmonian sosial dan berusaha ke arah pembangunan kebajikan, kebudayaan dan pendidikan.
Pengerusi dan ahli-ahli persatuan hari ini melawat Hii dan menjemput beliau sebagai tetamu kehormat majlis sambutan tersebut dan sebagai pemerhati majlis angkat sumpah.
Majlis sambutan makan malam (50 meja) turut menyediakan program-program menarik termasuk penyampaian derma kepada badan-badan kebajikan dan sekolah-sekolah menengah Cina, nyanyian dan persembahan lain serta cabutan bertuah.
Di samping itu, persatuan itu turut menjemput Hii untuk menjadi Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1820","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]