Dato Hii King Chiong Menghadiri Majlis Menaikkan Rasuk Pusat Baru PIBAKIS PDK

29.01.2015--Pusat baru PIBAKIS di bawah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) mengadakan majlis menaikkan rasuk pada jam 3 petang hari ini sebagai tanda pembinaan memasuki peringkat akhir. Upacara tersebut telah dirasmikan oleh pengerusi jawatankuasa pembinaan bangunan Dato Hii King Chiong.

Pembinaan pusat baru PIBAKIS giat dijalankan dan telah selesai 75%.

Pembinaan pusat baru PIBAKIS RM5 juta ini dibina di atas tanah seluas satu ekar di Lutong dan terletak di Lot 3354 Blok 3, bersebelahan dengan SMK Lutong. Pembinaan giat dijalankan semenjak majlis pecah tanah pada 26 April 2014. Projek ini pada asalnya dianggarkan siap pada Julai 2015 tetapi kontraktor pembinaan kemudiannya yakin boleh menyiapkan pembinaan menjelang Jun 2015.

Pengerusi jawatankuasa pembinaan bangunan Dato Hii King Chiong berkata dana pembinaan masih menghadapi kekurangan sebanyak RM2.15 juta dan berharap orang ramai atau organisasi-organisasi penyayang akan menderma dengan murah hati kepada dana pembinaan.

Hii merasmikan majlis menaikkan rasuk pusat baru PIBAKIS dan bercakap sedemikian kepada media selepas itu.

Beliau meminta semua pihak untuk memberi sokongan dan bantuan penuh agar pusat baru boleh diselesaikan secepat mungkin.

“Kekuatan satu orang tidak memadai. Masyarakat Miri adalah penuh dengan kasih saying dan kita mesti bekerjasama dalam memberi sokongan dan bantuan bagi memastikan pusat baru boleh disiapkan secepat mungkin.” Sementara itu, beliau juga menasihati para ibu bapa agar tidak berasa rendah diri dan tidak patut mengasingkan kanak-kanak istimewa daripada khalayak ramai.

Hii percaya dengan sumbangan ikhlas daripada para dermawan yang baik hati, pusat baru PIBAKIS pasti akan disiapkan mengikut jadual. Kanak-kanak akan dapat menikmati pusat pemulihan serba moden dan lengkap dengan suasana yang selesa dan menerima penjagaan yang baik.

Pusat baru PIBAKIS RM5 juta yang pelbagai guna dan bertingkat dua dengan ruang binaan kira-kira 21,000 kaki persegi akan menyediakan kemudahan serba lengkap di tingkat bawah termasuk pejabat, dapur, ruang makan, dewan pelbagai guna, bilik fisioterapi, kraf dan 7 buah bilik darjah; dan tingkat satu dengan bilik persidangan, perubatan, kaunseling, IT/kuliah, perpustakaan permainan, bilik jawatankuasa, 3 buah bilik darjah, stor dan bilik-bilik pelbagai guna yang lain. Apabila siap dibina, pusat baru tersebut akan menyediakan suasana pembelajaran yang selesa untuk kanak-kanak istimewa bagi melatih dan melengkapi mereka dengan kemahiran vokasional asas yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan sepenuh atau separuh masa dan mampu berdikari di masa depan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PDK Miri di 085-471196, 019-8448501 atau Presiden PIBAKIS Miri Chiam Yun Chaw di 016-8513373 atau layari facebook PIBAKIS atau PDK.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1684","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]