Upacara Pembukaan Ibu Pejabat UPP Wilayah Utara
12.11.2014--Ibu pejabat Parti Bersatu Rakyat (UPP) Wilayah Utara Sarawak hari ini meraikan upacara pembukaan dan ratusan hadir untuk menyaksikan upacara tersebut.
UPP Wilayah Utara terdiri daripada Cawangan Piasau, Pujut, Senadin dan Bekenu.
Pengerusi protem Cawangan Piasau UPP Dato Hii King Chiong merasmikan upacara pembukaan tersebut. Juga hadir ialah pengerusi protem Cawangan Pujut kaunselor Bruce Chai, pengerusi protem Cawangan Senadin kaunselor Keith Chin, pengerusi protem Cawangan Bekenu Kapitan Haw Min Wai dan setiausaha politik kepada ketua menteri, Suzanne Lee Tze Ha.
Objektif UPP ialah berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh hati, memahami keperluan rakyat, menyalurkan permintaan rakyat kepada kerajaan, memberi perkhidmatan yang baik dan membantu golongan masyarakat yang memerlukannya. Hii mengalu-alukan semua yang ingin berkhidmat untuk rakyat agar menyertai UPP.
Ibu pejabat UPP Miri terletak di Lot 1133, Tingkat 1, Jalan Sri Dagang, Pusat Komersial Waterfront Miri. Waktu pejabat pentadbiran ialah 8:30am-12:30pm dan 1:30pm-4:30pm (Isnin hingga Jumaat), dan 8:30am-12:30pm (Sabtu). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat di 085-417720 atau emel ke uppmiri@gmail.com.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1569","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"318","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]