Tetamu Kehormat - Rumah Terbuka Krismas BEM Komuniti Lutong.
22.12.12. - En. Hii King Chiong pagi ini telah diberi sambutan meriah oleh ahli - ahli Borneo Evangelical Mission (BEM) Komunity Gereja Lutong. Beliau merupakan tetamu kehormat majlis yang julung - julang kali diadakan ini.
Kedatangan beliau disambut mesra oleh Penguasa BEM Daerah Miri, Pastor Eden Usat Emang, Pastor Kanan BEM Komunity Gereja Lutong, Pastor Ali Ak Langgit, ahli - ahli BEM Komunity Gereja Lutong serta penduduk kampung sekitar Lutong.
Kehadiran En.Hii di gereja tersebut telah memberi peluang kepada Pastor Ali untuk menjelaskan masalah - masalah yang dihadapi oleh pihak BEM Lutong selepas mereka mula menggunakan bangunan baru ini pada tahun 2000.
Menurut Pastor Ali, gereja pertama BEM Komunity Lutong ditubuhkan pada tahun 1995 dan mula beroperasi di Kpg Api - api dengan menggunakan sebuah bangunan yang agak daif. Dengan peningkatan mendadak ahli - ahli baru, BEM Komuniti Lutong terpaksa mencari tapak dan bangunan baru untuk menampung jumlah ahlinya.
Beliau menjelaskan lagi, bangunan gereja yang mereka gunakan sejak tahun 2000 ini adalah merupakan bekas Panggung Wayang Lutong. Bangunan gereja tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta manakala tapak tanah adalah milik Sarawak Shell Berhad.Dengan inisiatif ahli - ahli BEM Komuniti Lutong, mereka telah berjaya menjadikan bangunan tersebut untuk menjalankan aktiviti keagamaan mereka.
Menurut Pastor Ali lagi mereka telah beberapa kali memohon bantuan daripada pihak penguasa tempatan untuk menjadikan tapak dan juga bangunan yang sediada sebagai milik penuh BEM Sarawak namun sehingga kini mereka masih gagal untuk mendapat jawapan.
Pastor Ali seterusnya menjelaskan bahawa pihak beliau sentiasa mempertingkatkan taraf keselamatan bangunan gereja tersebut daripada ancaman daripada aktiviti percerohohan. Selain itu kawasan letak kereta juga perlu dinaiktaraf. Mereka juga telah memohon bantuan daripada pihak - pihak berkenaan tetapi permohonan mereka tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
"Kami berdepan dengan pelbagai masalah dan memerlukan jalan penyelesaiaan segera tetapi kami tidak mempunyai dana kewangan yang mencukupi. Kami mengharapkan insan pemurah yang dapat membantu kami. Hari ini kami merasa bersyukur kerana En.Hii sudi menerima undangan kami. Dengan peluang ini kami dapat mengajukan permintaan kami kepada beliau", jelas Pastor Ali dan selanjutnya beliau berkata, "Taraf keselamatan gereja ini perlu ditingkatkan demi menggelak dari sebarang gejala kurang sihat seperti percerobohan. Kami mohon bantuan untuk mendirikan pagar keselamatan disekitar kawasan gereja dan kawasan letak kereta perlu dinaiktaraf. Kami telah membuat permohonan dengan wakil - wakil rakyat namun jawapan mereka kurang memuaskan", keluh beliau dan berharap En.Hii akan memberi kejutan sebagai hadiah Krismas kepada BEM Komuniti Lutong.
BEM Komuniti Lutong kini mempunyai 500 ahli yang aktif sepenuh masa. Ahli - ahli mereka meliputi penduduk Kpg Pasir, Kpg Api - api, Kpg Sealine, Kpg Merikan, Lutong Baru, Pasar Lutong, Permyjaya, Prominjaya, Desa Murni, Desa Indah, Desa Pujut dan Tudan Fasa 1 - 6. Kesedaran masyarakat kini terutama masyarakat bukan Islam terhadap kepercayaan BEM menjadi asas kepada peningkatan jumlah ahli - ahli baru.
En. Hii yang juga pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) menjelaskan bahawa PKM HKC SC adalah sebuah organisasi yang bebas dari sebarang fahaman politik,mereka bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dari setiap peringkat.Beliau juga menerangkan dalam menaburkan khidmat bakti kepada masyarakat, perbezaan fahaman politik dan kepercayaan agama seharusnya tidak menjadi penghalang kerana ianya akan mengagalkan sesuatu usaha.
"Saya mendengar dan mengkaji permintaan mereka dengan teliti. Saya tidak berkata saya tidak mampu untuk melaksanakan permintaan tersebut, tetapi banyak perkara yang harus kita lakukan, oleh itu biarlah ianya dilakukan secara berperingkat. Kami datang membantu bukan kerana politik mahupun kerpercayaan agama. Kami hanya ingin berkhidmat kepada setiap masyarakat dengan adil dan saksama", jelas En.Hii ketika diminta mengulas mengenai hasrat BEM Komuniti Lutong untuk mendapatkan bantuan beliau.
En.Hii yang disertai Kr Lawrance Kong, Kr Keith Chin, kontraktor PKM HKC dan beberapa kakitangan PKM HKC seterusnya melawat kawasan SK Lutong dan Kpg Pasir. Kedua - dua kawasan ini telah mendapat bantuan daripada En.Hii.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"180","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii (3 dari kiri) bergambar kenang - kenangan bersama Pastor Eden Usat Emang (2 dari kiri) dan Pastor Ali Ak Langgit (3 dari kanan) di Majlis Rumah Terbuka Krismas BEM Komuniti Lutong.