Sekalung Perhargaan...
27.12.12 - Datuk Bandaraya Miri Kr Lawrence Lai dan Ketua Bahagian Rancangan / Wartawan Penyiaran RTM Miri En. Petrus Abai hari ini merakamkan setinggi perhargaan kepada En.Hii King Chiong dalam satu sidang media yang diadakan di bilik mesyuasat Majlis Bandaraya Miri (MBM). Perhargaan ini dirakamkan kepada En.Hii diatas keikhlasan beliau menjadi penaja utama acara Jom Makan 1 Malaysia dan Pertandingan Nyanyian Mencari Bakat yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Selaku penganjur bersama, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd En.Hii diatas sumbangan beliau. Kedua - dua acara ini terutamanya Jom Makan 1 Malaysia memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kesudian En.Hii menjadi penaja utama telah banyak membantu kami menjayakan kedua - dua acara ini dengan lebih sempurna lagi", jelas Kr Lawrence dan kemudian disusuli dengan ucapan penghargaan daripada En.Petrus bagi pihak RTM Miri.
Acara Jom Makan 1Malaysia adalah anjuran bersama Kementerian Pelancongan Malaysia, MBM, Jawatankuasa Pasar Malam Saberkas dan juga Persatuan Penjaja - Penjaja Bersekutu Miri. Acara tahunan ini akan diadakan pada 29hb.Disember 2012 bertempat di perkarangan Pasar Malam Saberkas bermula pada pukul 6.30 petang. En.Hii adalah pengerusi penganjur acara ini dan pasti ianya akan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk berhibur sambil menikmati pelbagai jenis makanan Malaysia yang dijual di tapak pesta tersebut.
Antara acara menarik pada malam tersebut ialah pertadingan karaoke, pertunjukan kebudayaan dan yang paling menarik tumpuan ialah cabutan tiket bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Pada malam itu juga, En.Hii akan menyalurkan derma peribadi kepada beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Rumah Kebajikan Anak - Anak Yatim Hamidah.
Manakala pertandingan nyayian Mencari Bakat pula akan diadakan di Permy Mall bermula 30hb hingga 31hb.Disember 2012 bersempena dengan sambutan tahun baru 2013. Pelbagai acara menarik juga akan diadakan sementara menanti detik 12 tengah malam. Pertandingan ini adalah anjuran bersama RTM Miri, Kelab Penyiar RTM Miri, MBM, Miri Musical Society dan juga pasaraya Permy Mall.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Kr Hjh Lela Mohamad, Kr Lawrence Kong dan wakil dari Persatuan Penjaja - Penjaja Bersekutu Miri.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"241","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii (3 kiri), Kr Lawrence ( tengah), En.Petrus (paling kiri) bersama - sama yang lain ketika sidang media.