Rintihan Masyarakat Didengari..

24.12.12.- Dalam memenuhi jadual sarapan paginya, En.Hii King Chiong hari ini singgah sebentardi Pasar Terbuka Miri sambil beramah mesra dengan penjaja - penjaja dan juga orang ramai yang berkunjung ke sini.

Pasar Terbuka Miri atau lebih dikenali "Open Air Market" adalah sebuah pasar yang menjadi tumpuan utama penduduk Miri terutamanya masyarakat Cina untuk membeli keperluan harian mereka. Kunjuangan En.Hii serta rombongan ke pasar yang menjual pelbagai keperluan dapur ini mendapat sambutan yang membanggakan daripada penjaja - penjaja dan juga pengunjung setia pasar ini.

"Kami sering bertemu di sini, kami berbelanja dan menjual keperluan harian dan duduk bersama sambil menikmati makanan dan minuman yang dijual di gerai-gerai . Tetapi sejak kebelangkangan ini kami berdepan dengan pelbagai masalah yang memerlukan jalan penyelesaian segera", keluh seorang penjaja yang enggan namanya disiarkan.

Dalam kesempatan bertemu En.Hii yang juga merupakan Penasihat Persatuan Penjaja - Penjaja Malaysia, penjaja - penjaja disini mempertengahkan beberapa masalah yang mereka hadapi.

Menurut laporan, penjaja - penjaja disini berdepan dengan masalah terutamanya kebocoran pada tempat mencuci, pengurusan sampah yang tidak sistimatik dan sebagainya. Mereka telah mengutarakan masalah mereka kepada pihak yang berwajib namun tiada sebarang tindakan diambil.

En. Hii ketika diminta mengulas mengenai masalah yang dihadapi penjaja - penjaja disini, menjelaskan, “Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong akan cuba untuk berbincang dengan pihak berkuasa tempatan. Kami akan cuba untuk membantu mereka (penjaja dan pihak berkenaan), ini pastinya kami akan lakukan. Saya sendiri akan menampung kos untuk menyelesaikan beberapa masalah", ujar beliau dengan penuh yakin.

En. Hii yang turut disertai beberapa ahli - ahli Majlis Bandaraya Miri, pegawai - pegawai Majlis serta kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong seterusnya  melawat sekitar Pasar berkenaan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"212","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii sedang diberi taklimat daripada salah seorang pegawai bahagian Kesihatan Majlis Bandaraya Miri mengenai masalah yang dihadapi oleh penjaja - penjaja dipasar ini.