Pesta Makanan Penjaja 2012
29.12.12. - “Wahai rakan ~ rakan sekalian, pada malam ini lupakan tentang kalori, makan sebanyak yang anda suka, mulakan diet dan senaman pada keesokan hari.”
En.Hii King Chiong bersenda gurau ketika menyampaikan ucapan di majlis pembukaan rasmi Pesta Makanan Penjaja 2012 di Pasar Malam Saberkas malam ini.
Pesta malam ini merupakan kali keempat pesta seumpamanya telah diadakan di Bandaraya Miri. Pesta ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri(MBM), Persatuan Penjaja ~Penjaja Gabungan Miri dan Jawatankuasa Penjaja ~ Penjaja Pasar Malam Saberkas bertujuan untuk mempromosikan makanan tempatan, disamping ianya dapat menarik lebih ramai pengunjung terutamanya pelancong asing. Selain itu ianya juga bertujuan mempertingkatkan ekonomi penjaja ~ penjaja pasar malam dengan menjual pelbagai jenis makanan kaum tempatan.
Selanjutnya beliau menjelaskan, “Miri yang mempunyai 23 kaum etnik , ini memberi kita peluang merasa pelbagai pilihan makanan tradisi dan juga eksotik. Inilah yang saya namakan makanan 1Malaysia. Di sini orang ~orang Melayu, Cina, Iban, Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu berkumpul, bergembira dan beramah mesra sambil menikmati makanan kegemaran mereka”, jelas beliau.
Bersempena dengan pembukaan rasmi pesta makanan ini, En.Hii turut memberi sumbangan derma kepada beberapa pertubuhan yang antara penerimanya ialah Rumah Kebajikan Anak ~ Anak Yatim Hamidah.
En.Hii yang juga Penasihat Persatuan Penjaja Malaysia seterusnya berkata pesta makanan yang diadakan ini diumpamakan sebagai pasar malam “Grand~ Scale” kerana di sini pengunjung ~ pengunjung berpeluang menikmati berbagai-bagai jenis makanan suku kaum tempatan.
Turut hadir pada majlis pembukaan rasmi pesta makanan ini ialah Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Perhubungan & Sukan selaku tetamu kehormat, Ketua Rancangan Pesta Makanan Penjaja Malaysia En.Yep Wok Fong, Pengerusi Gabungan Persatuan Penjaja ~ Penjaja & Peniaga ~ Peniaga Kecil Malaysia En.JP Lee Teong Chwee, Datuk Bandaraya Miri Kr Lawrence Lai Yew Son, Pengerusi Persatuan Penjaja ~ Penjaja Gabungan Miri En.Kho Lam Seng, Pengerusi Jawatankuasa Pasar Malam Saberkas En.Adnan Mohd Yusof, pegawai ~ pegawai Kementerian Pelancongan, ahli ~ ahli MBM dan orang ramai yang datang pada awal pukul enam petang.
Pelbagai acara turut diadakan termasuk persembahan kebudayaan, cabutan tiket bertuah dan pertandingan karaoke. Tetamu ~ tetamu kemudianya disajikan dengan pelbagai jenis makanan tempatan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"255","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii dan tetamu kehormat memukul gendang sebagai simbolik perasmian Pesta Makanan Penjaja 2012.