Persatuan Fotografik Miri Membuat Kunjungan Kepada Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Dato Hii King Chiong
24.01.2015--Berikutan pemilihan jawatankuasa ke-42 Persatuan Fotografik Miri bagi Tahun 2015-2016 pada 18 Januari 2015, presiden baru Encik Sylvester Wong Sin Hee dan ahli-ahli jawatankuasa membuat kunjungan kepada Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Dato Hii King Chiong.
Sylvester berkata ia telah menjadi amalan biasa untuk presiden dan jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat kunjungan kepada para penasihat. Kunjungan kepada Hii bertujuan memberitahu beliau mengenai aktiviti-aktiviti terbaru Persatuan Fotografik Miri.
Persatuan Fotografik Miri menjemput Hii sebagai tetamu kehormat untuk majlis penerimaan jawatan dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina pada 15 Mac 2015.
Pertemuan tersebut dipenuhi dengan perbualan riang dan gelak ketawa. Hii juga mencadangkan bahawa selain daripada mengambil foto-foto tarikan pelancongan Miri, potret, matahari terbit, matahari terbenam dan sebagainya, ahli-ahli boleh mempertimbangkan tema-tema yang lain.
Beliau amat mengesyorkan pengambilan gambar-gambar serangga dan alam semulajadi di tempat-tempat seperti hutan hujan di Taman Simpanan Semula Jadi Piasau.
Hii berkata Taman Simpanan Semula Jadi Piasau mempunyai pelbagai jenis spesies burung, tupai, babi hutan, reptilia dan serangga. Para peminat fotografi harus menggunakan dengan sepenuhnya persekitaran semula jadi dan hutan-hutan yang kaya untuk mempertingkatkan kemahiran fotografi serta mempromosikan alam semulajadi yang indah.
Beliau berharap Persatuan Fotografik Miri dapat mempromosikan lokasi-lokasi semulajadi tempatan dan tempat-tempat pelancongan di pentas antarabangsa menerusi fotografi. Ini akan menarik lebih ramai peminat fotografi untuk membuat lawatan ke Miri dan akan menggalakkan pelancongan tempatan juga.
Hii berharap suatu hari nanti Persatuan Fotografik Miri dapat menganjurkan pameran serta pertukaran budaya dalam seni fotografi.
Beliau mengucapkan tahniah kepada presiden dan ahli-ahli jawatankuasa yang baru dipilih dan berpesan agar sentiasa menghargai dan berhubung dengan bekas presiden dan ahli-ahli jawatankuasa untuk sokongan dan galakan bersama.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1663","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]