Peranan PIBG Antara Tunggak Kejayaan....

06.07.13--Peranan proaktif Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar samada dalam bidang akademik maupun kokurikulum.

Demikian dijelaskan oleh Pengarah Forescom Sarawak Sdn.Bhd. merangkap pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC), En.Hii King Chiong dalam ucapan penutupan aktiviti Jogathon anjuran PIBG SK Kuala Baram II pagi ini.

"Peranan PIBG sangat penting dalam membantu pihak guru mempertingkatkan pencapaian murid - murid terutama dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga displin diri", jelas En.Hii.

Selanjutnya En.Hii menjelaskan, dengan adanya kerjasama yang erat antara ibubapa, guru dan juga pihak PIBG, usaha pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan akan mudah dikecapi.

"Saya menyeru kepada ibubapa dan juga guru - guru supaya sentiasa bekerjasama dengan pihak PIBG dalam usaha mencapai kecemerlangan murid - murid dan juga membawa nama baik sekolah", jelas beliau lagi.

Menyentuh mengenai aktiviti jogaton tersebut, En.Hii menjelaskan aktiviti sihat seperti itu perlu digalakan kerana ianya mampu untuk memupuk semangat kerjasama dan juga ianya akan mengeratkan hubungan antara semua pihak.

"Aktiviti sebegini mampu dijadikan satu landasan dalam mengeratkan hubungan dan kerjasama diantara semua pihak yang terlibat. Ianya perlu diberikan lebih galakan kerana ia dapat memupuk perpaduan yang lebih utuh. Inilah semangat 1Malaysia yang kita inginkan", seru En.Hii dalam mengakhiri ucapan beliau.

Pada majlis tersebut, En.Hii turut menyumbang RM10,000 kepada PIBG. Sumbangan ini akan memudahkan lagi pihak PIBG SK Kuala Baram II melaksanakan segala perancangan telah dirangka sepanjang tahun ini.

Kehadiran En.Hii serta rombongan PKM HKC telah disambut mesra oleh Gurubesar, Puan Hjh Wan Aminah Haji Wan Dahili, YDP PIBG, En. Venset Gangang, tenaga pengajar serta murid - murid SK Kuala Baram II.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1085","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii menyampaikan sebuah basikal kepada salah seorang pelajar yang telah berjaya mengutip sumbangan tertinggi untuk acara jogaton tersebut. Turut menyaksikan ialah En.Venset (kanan) dan Hjh Wan Aminah.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1086","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
sebahagian daripada murid - murid SK Kuala Baram II yang bakal menjadi generasi kebanggaan negara satu masa nanti.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1087","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
sebahagian daripada ibubapa yang hadir pada majlis tersebut. Antara kategori jogaton tahunan sekolah ini ialah acara terbuka untuk ibubapa.