Pendidikan Teras Kejayaan.

08.01.13.- "Kita bersyukur kerja - kerja pengubahsuian dewan ini tepat pada masanya. Saya berharap ianya digunakan dengan sebaik mungkin. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada murid - murid baru. Belajarlah dengan bersungguh - sungguh dan sematkan dalam jiwa kita bahawa pendidikan adalah teras kejayaan dan Selamat tahun baru."

demikian kata - kata aluan En.Hii King Chiong ketika memberikan ucapan ringkas pada Majlis Penyerahan Menaiktaraf Dewan dan Pentas SJK North pagi ini.

Kerja - kerja pengubahsuain dan menaiktaraf dewan dan juga pentas sekolah tersebut bermula November 2012 dan siap sepenuhnya sebulan kemudian. Segala kos menaiktaraf yang dianggarkan bernilai RM100,000.00 telah dibiayai sepenuhnya oleh En.Hii. Dengan adanya dewan yang baru ini ianya dapat memberi keselesaan kepada murid - murid dan juga pihak sekolah dalam menganjurkan aktiviti - aktiviti sekolah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah gurubesar Cikgu Tang Suk Hung, Pengerusi Lembaga Pengurusan. Sekolah SJK North En.Chang Chee Phin, ahli - ahli Lembaga Pengurusan, guru - guru serta kakitangan sekolah dan kedatangan En.Hii telah diberi sambutan meriah oleh murid - murid sekolah berkenaan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"346","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii memotong riben sebagai tanda simbolik penyerahan dewan sekolah tersebut sambil diiringi oleh Cikgu Tang (kiri), En.Chang (7 dari kanan) dan tetamu - tetamu lain.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"347","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

En.Hii sedang beramah mesra dengan guru - guru dan ahli -ahli Lembaga Pengurusan Sekolah.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"348","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

Dewan serbaguna yang telah siap sepenuhnya.