Pembinaan Jalan Riam No. 88 Akan Dimulakan, Penduduk Tempatan Rasa Terlega
01.03.2015--Menerusi permintaan bersungguh-sungguh Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong dan para kaunselor, pembinaan Jalan Riam No. 88 (lebih daripada 1 km panjangnya) akan dimulakan tidak lama lagi dan dianggarkan akan siap pada pertengahan tahun. Penduduk tempatan rasa terlega dengan berita ini.
Pasukan khidmat Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong telah dijemput untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Jalan Riam No. 88 di mana kaunselor Bruce Chai mengumumkan berita baik tersebut.
Turut hadir ialah Dato Hii King Chiong, para kaunselor dan lain-lain lagi untuk menyertai sambutan majlis rumah terbuka dan juga pemeriksaan jalan raya.
Penduduk tempatan berkata bahawa sebelum ini ada juga ahli-ahli politik yang telah membantu dalam membuat permintaan untuk pembinaan jalan raya tetapi tidak berhasil untuk lebih daripada 20 tahun. Para penduduk sangat gembira apabila mendengar berita baik pada hari ini dan menganggapnya sebagai hadiah besar Tahun Baru Cina.
Kaunselor Bruce Chai berkata bahawa pelan tindakan pembinaan Jalan Riam No. 88 telah dikemukakan kepada jabatan kejuruteraan Majlis Bandaraya Miri. Tidak lama lagi, kakitangan jurutera akan melaksanakan pengukuran dan pengiraan perbelanjaan pembinaan. Jalan raya dua lorong baru itu akan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan infrastruktur jalan raya di kawasan itu.
Jalan Riam No. 88 terletak di antara SJK (C) Chung San Riam Miri dan Jalan Lambir, dan mempunyai jumlah penduduk kira-kira 70 hingga 80 orang (lebih daripada 10 isi rumah).
Jalan raya simen pada masa ini adalah sempit dan berliku. Pembinaan sebelum ini dibiayai oleh penduduk tempatan sendiri.
Para penduduk menyampaikan masalah-masalah mereka selama ini kepada Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong. Menerusi permintaan bersungguh-sungguh pusat khidmat dan para kaunselor, Majlis Bandaraya Miri akan memulakan pembinaan tidak lama lagi.
Penduduk juga meminta untuk pemangkasan pokok-pokok bertumbuh besar di sepanjang jalan. Kaunselor Bruce Chai telah mengambil tindakan segera dan kontraktor kepada majlis bandaraya dijangka akan segera memangkas pokok-pokok tersebut agar penglihatan para pemandu tidak terhalang.
Pada tahun lepas, para penduduk di kawasan dua jalan kampung di Teluk Batu 7 Jalan Miri-Bintulu juga meminta bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong. Pusat khidmat kemudiannya membuat permintaan kepada pihak berkuasa berkenaan dan masalah infrastruktur jalan raya lebih 20 tahun itu akhirnya telah diselesaikan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1753","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"270","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]