Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dengan Penuh Keprihatinan Mengunjungi Tiga Pertubuhan Kebajikan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina
28.02.2015--Sempena sambutan Tahun Baru Cina, keempat-empat cawangan Parti Rakyat Bersatu (UPP) Miri, bersama-sama Persatuan Tarian Naga Dan Singa Hong Teck Sarawak Miri, hari ini mengunjungi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri, Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Miri dan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Methodist Miri.
Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Piasau Dato Hii King Chiong mengetuai kunjungan tersebut dan diiringi oleh pengerusi UPP Cawangan Pujut kaunselor Bruce Chai, pengerusi UPP Cawangan Senadin kaunselor Keith Chin, pengerusi UPP Cawangan Bekenu Penghulu Haw Min Wai, setiausaha politik kepada ketua menteri, Suzanne Lee Tze Ha dan lain-lain lagi.
Hii hari ini memberitahu para wartawan bahawa kunjungan ke tiga pertubuhan kebajikan tempatan dan persembahan tarian naga dan singa adalah untuk menggalakkan kebudayaan unggul tradisional Cina, membawa kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik (bahawa mereka tidaklah bersendirian), menggalakkan pertukaran sosial dan menunaikan tanggungjawab kebajikan sosial.
Beliau berkata sama ada ianya pasukan ‘Majulah Miri’ ataupun UPP, kedua-duanya telah ditubuhkan untuk tujuan yang sama - menjaga kepentingan rakyat dan golongan yang kurang bernasib baik, meningkatkan taraf hidup mereka dan berjuang untuk hak dan kebajikan mereka.
Beliau berkata walaupun Persatuan Tarian Naga Dan Singa Hong Teck Sarawak Miri baru sahaja ditubuhkan pada akhir tahun lepas, ia telah memperoleh reputasi yang baik dan menerima pujian hebat di bawah kepimpinan ketua persatuan Encik Tay Choon Wei.
Hii menyeru kepada semua ahli UPP agar mendahulukan rakyat, menjaga kepentingan mereka dan berusaha dengan sedaya upaya dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Beliau juga berharap PDK, Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua Miri dan Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Methodist Miri akan terus menerima sokongan dan kasih sayang agar warga emas dan kanak-kanak akan terus berasa yakin diri dalam menghadapi masa depan mereka.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1732","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"259","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1733","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"254","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1734","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"245","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]