Naik Taraf Di Tudan Fasa 3~5

07.03.13--Setelah menanti selama 10 tahun harapan penduduk - penduduk Tudan Fasa 3,4 dan 5 untuk mendapatkan sebuah jambatan yang lebih besar kini bakal menjadi kenyataan.

Sebuah jambatan konkrit yang berukuran 25 meter panjang yang mampu dilalui oleh kenderaan ringan akan dibina dalam masa yang terdekat dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung April tahun ini.

Berita gembira ini diumumkan oleh Menteri Muda Penghubungan Datuk Lee Kim Shin dalam satu upacara pecah tanah di tapak pembinaan jambatan tersebut pagi ini.

Menurut Datuk Lee pembinaan jambatan ini adalah merupakan satu projek kemasyarakatan yang dikendalikan dengan usahasama antara Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) dan Jawatankuasa Penduduk - Penduduk Tudan Fasa 5.

“Ini merupakan satu projek kemasyarakatan yang kita usahakan bersama JKR, MBM, PKM HKC dan Jawatankuasa Penduduk Tudan 5. Dengan adanya jambatan ini ianya pasti akan mengurangkan tempoh perjalanan dan jambatan ini juga mampu dilalui oleh kereta berbanding jambatan yang sediada”, jelas Datuk Lee.

Jambatan ini merupakan jalan pintas bagi penduduk Tudan 3, 4 & 5 untuk menghantar anak - anak yang menuntut di sekolah sekitar Permyjaya. Jambatan kayu yang sediada hanya mampu untuk dilalui oleh motosikal dan pejalan kaki.

Jelas Datuk Lee lagi, bahan pembinaan asas akan disediakan oleh pihak JKR manakala PKM HKC pula akan mencari dana untuk membiayai pembinaan jambatan ini.
Menurut Datuk Lee, JKR memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM60,000 untuk menaiktaraf dan menurap jalan pintas yang menghubungkan Tudan 5 dan Desa Pujut Permyjaya.
Sementara itu, pihak MBM pula akan memasang lampu dengan menggunakan tenaga solar di sepanjang jalan dan di jambatan tersebut.

Datuk Lee seterusnya mengumumkan sumbangan peruntukan MRP berjumlah RM10,000 kepada Jawatankuasa Penduduk Tudan 5 bagi melancarkan pembinaan jambatan berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Bandaraya MBM Kr Lawrance Lai, usahawan terkemuka merangkap pengasas PKM HKC, En.Hii King Chiong, Pembantu Jurutera Kanan JKR Bahagian, En.Ting Sie Lok, pegawai - pegawai kanan MBM, Ketua PBB Cawangan Pujut En. Abu Bakar Hj Amit, Pengerusi PEKIDA Miri, En.Sarbini Japar, kakitangan PKM HKC dan juga wartawan media tempatan.

Kedatangan Datuk Lee serta rombongan disambut mesra oleh ahli - ahli JK Penduduk Tudan 5 yang diketuai oleh Ayahanda Lias Julaihi serta penduduk - penduduk Tudan 4,5 dan beberapa wakil penduduk dari Desa Pujut Pemyjaya.

Bila ditanya untuk mengulaskan pembabitan PKM HKC dalam projek pembinaan jambatan tersebut, En.Hii menjelaskan, “pihak kami menerima aduan dan permohonan dari penduduk -penduduk di sini untuk jambatan yang lebih besar dibina bagi menggantikan jambatan kayu ini. Saya seterusnya menghubungi Datuk Lee dan akhirnya kami setuju untuk membina jambatan baru secara usahasama”.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"868","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Datuk Lee sedang diberi taklimat oleh En.Ting sambil disaksikan oleh tetamu ~ tetamu lain.