Majulah Miri Dato & Datin Hii King Chiong Membuat Kunjungan Hari Gawai
01.06.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong bersama-sama dengan isterinya Datin dan ahli-ahli UPP membuat kunjungan Hari Gawai ke Kampung Merikan Tiga, Kampung Pasir dan Kampung Sealine di Lutong semalam.
Hii diiringi oleh Pengerusi UPP Senadin kaunselor Keith Chin, Pengerusi UPP Pujut kaunselor Bruce Chai, Pengerusi UPP Bekenu Penghulu Haw Min Wai, Ketua Wanita UPP Senadin Suzanne Lee, kaunselor-kaunselor, ahli-ahli jawantankuasa UPP dan pasukan Majulah Miri.
35 keluarga setinggan Kampung Merikan Tiga Lutong semalam menyerahkan borang permohonan tanah kepada Hii bagi UPP membuat permohonan kepada Jabatan Tanah dan Ukur.
Sebelum itu, 48 keluarga kampung tersebut telah berjaya memperoleh kelulusan daripada Jabatan Tanah dan Ukur melalui bantuan UPP dan Majulah Miri dan berkemungkinan tinggi akan mendapatkan tanah di kawasan penempatan semula Tudan.
Bersempena dengan perayaan Gawai Dayak, para penduduk mengadakan sambutan besar Gawai Dayak dan menyediakan pelbagai makanan Dayak tradisional dan tuak untuk melayan tetamu kehormat dan para hadirin. Tempat sambutan adalah penuh dengan bendera-bendera Barisan Nasional (BN) dan UPP.
Penduduk membuat dan memaparkan kain rentang yang tertera ayat “KAMI SOKONG PENGERUSI UPP PIASAU DATO HII KING CHIONG” dan mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan upacara miring Dayak yang sungguh istimewa.
Di majlis tersebut, Ketua Kampung Bunyau Suda menyerahkan maklumat bagi 83 penduduk untuk tujuan permohonan tanah. Di antara mereka, 48 keluarga telah memperoleh kelulusan daripada Jabatan Tanah dan Ukur sementara menunggu pengagihan kawasan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1936","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"270","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1937","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"270","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1938","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"270","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]