Majulah Miri Berterima Kasih Atas Bantuan Ahli-Ahli Persatuan Kedai Kopi Miri
28.06.2015--Tetamu kehormat Dato Hii King Chiong berkata pasukan khidmat Majulah Miri telah mengumpulkan suara dan tuntutan rakyat dengan berkesan di kedai-kedai kopi. Hii berkata sedemikian dalam ucapannya pada malam ini di majlis ulang tahun ke-39 merangkap jamuan sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan Kedai Kopi Miri di Restoran Boulevard.
“Bagi pihak pasukan khidmat saya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan penghormatan kami kepada semua pemilik kedai kopi kerana meminjam ruang serta meja dan kerusi kepada kami. Tanpa bantuan rakan-rakan Persatuan Kedai Kopi Miri, kami mungkin perlu berdiri di kaki lima atau atas jalan untuk bertemu dengan rakyat.”
Beliau menyambut baik Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang baru-baru ini mengunjungi rakyat dan tempat-tempat di seluruh Sarawak serta bergaul mesra dengan orang ramai di kedai-kedai kopi dan pusat-pusat penjaja untuk mendengar komen dan permintaan mereka.
Beliau menyatakan bahawa usaha mereka membuat orang ramai berasa senang hati. Orang ramai turut berbesar hati apabila Ketua Menteri membuat pengumuman semasa sambutan ulang tahun Hari Bandaraya Miri ke-10 satu peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Miri bagi tujuan menaik taraf infrastruktur tempatan termasuk kemudahan taman, jalan raya, sistem perparitan, jambatan dan perbelanjaan penyelenggaraan yang lain.
“Kita sedia maklum sejak Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem mengambil alih jawatan Ketua Menteri, beliau telah berusaha mendapatkan lebih banyak peruntukan dana kepada negeri kita dan sangat prihatin terhadap masalah rakyat. Sebaik sahaja dana diterima, projek-projek boleh terus dimulakan. Kita berterima kasih kepada Ketua Menteri kita, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.”
Beliau mendedahkan bahawa bagaimanapun terdapat seseorang dengan niat tertentu yang memancing di air keruh, mengambil kesempatan dan mencuri kredit menerusi media lalu menimbulkan kemarahan orang ramai dan membawa kepada tindakan penduduk kampung mengisytiharkan melalui suratkhabar kecurigaan mencuri kredit oleh seseorang yang cuba mengelirukan rakyat dan juga penyumbang yang sebenarnya dalam pembinaan jambatan dan penaiktarafan jalan raya.
Beliau mengakui bahawa Majulah Miri sebagai pusat khidmat mempunyai keterbatasannya dan dengan itu bekerjasama dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP) supaya dapat berkhidmat kepada rakyat dengan lebih berkesan. Beliau menegaskan bahawa terdapatnya masalah-masalah rumit dan lebih besar yang memerlukan kekuatan parti politik untuk menyelesaikannya. Contohnya, ia sungguh mengecewakan apabila pusat khidmat bekerja keras untuk menyelesaikan beberapa masalah yang telah diabaikan selama lebih 20 tahun tetapi sesetengah orang menyalahgunakan kuasa mereka dengan sengaja merumitkan perkara dan kemudiannya mencuri kredit apabila masalah berjaya diselesaikan.
Hii berharap semua orang akan menyokong pasukannya dan bekerjasama demi mencapai keputusan yang lebih baik dan masa depan yang lebih cerah.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2064","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]