Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina
23.02.13--Hampir 20 ribu pengunjung daripada berbilang kaum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina En.Hii King Chiong semalam. Beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka adalah pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC). Majlis ini telah dikendalikan bersama oleh Fonsen Group of Companies iaitu sebuah syarikat perniagaan milik En.Hii.
Beliau merasa sungguh terharu dengan sambutan yang di luar jangkaan dan mengucapkan setinggi perhargaan kepada orang ramai yang sudi hadir ke majlis tersebut.
Beliau juga sempat bersalam dan beramah mesra dengan hampir kesemua tetamu yang terdiri daripada berlainan idealogi politik dan kepercayaan.
Dalam ucapan ringkas nya yang disampaikan dalam bahasa Cina, Melayu dan juga Iban, En.Hii berkata keharmonian yang dinikmati oleh masyarakat berbilang kaum kini harus dikekalkan.
Beliau juga menegaskan perbezaan fahaman politik dan juga perbezaan kepercayaan beragama bukan penghalang untuk masyarakat hidup dalam suasana yang lebih harmoni.
“Kita sungguh bertuah kerana dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, bersatu padu dan saling hormat menghormati. Keharmonian yang kita kecapi ini menjadikan kita satu bangsa yang dihormati samada oleh kawan mahupun lawan dan kita haruslah pertahankan nya. Perbezaan pegangan politik dan kepercayaan janganlah dijadikan alasan untuk kita berpecah-belah. Kita mestilah hidup bersama sebagai satu keluarga besar. Kita mestilah sentiasa mempertingkatkan semangat saling bantu membantu. Kita mestilah terus bersatu dan bergerak kehadapan. Majulah Miri. Majulah semua ”, seru beliau sambil mendapat tepukan gemuruh dari semua pengunjung.
Acara kemuncak ialah pemberian Ang Pau kepada kanak - kanak yang berumur 12 tahun ke bawah dan juga kepada warga emas yang berumur 65 tahun ke atas.Selain itu acara cabutan tiket bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah - hadiah menarik juga menjadi acara yang dinanti - nantikan oleh pengunjung.
Pada majlis tersebut En.Hii juga memberikan sumbangan derma kepada dua buah sekolah swasta iaitu Sekolah Menangah Riam Road dan Sekolah Rendah Mei Chung.
Turut menyerikan majlis tersebut ialah Menteri Muda Perhubungan & Sukan Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Kr Suzanne Lee Tze Ha, Pegawai Daerah Miri, En. Boniface, Datuk Bandaraya Miri, Kr Lawrence Lai, Pemangku Ketua Polis Daerah Miri, DSP Anwar Suhaili, Ketua PBB Cawangan Pujut, En.Abu Bakar Hj. Amit, Ketua Wanita PBB Cawangan Pujut, Kr Hjh. Lela Muhamad, Pengerusi Pekida Daerah Miri, En.Sarbini Japar, Ketua Penerangan PBB Lambir, Kr Abbul Razak Joni serta ahli - ahli Barisan Nasional Miri.
Antara ahli - ahli perniagaan termuka yang juga turut hadir ialah, Dato Sri Lau Kiew Kiong, Datuk Ting Eng Hua, Tan Sri Jimmy Lau, Dato Sri Ha Tiong Ung, Dato Sri Ting Lee Sie Tung, Datuk Lau Tang, Datuk Sri Lu Her Loo, Tan Sri Yee Ming Sing, Datuk Fong, Datuk Sri Ling Chiong Ho, En.James Ling, En.Jimmy Ho dan En. Hii Teck Yun.
Selain itu majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai - pegawai awam, ahli - ahli Majlis Bandaraya Miri, ahli -ahli Pekida Miri, pengerusi-pengerusi serta ahli - ahli NGO, penduduk - penduduk Kampung Wireless, Kampung Pasir, Kampung Api - Api, Kampung Merikan, Kampung Sealine, Kampung Haji Wahed, Kampung Pengkalan, Kampung Pujut Adong, Kampung Pujut Padang Kerbau, Kampung Piasau Jaya, Kampung Riam Jaya, Kampung Riam, Kampung Lembah Hijau, Kampung Luak, Kampung Bakam, Kampung Tunku Abdul Rahman, Taman Tunku, Taman Bumiko, Permyjaya, Senadin, Desa Pujut, Kampung Senadin,Kampung Pulau Melayu, Kampung Lereng Bukit, pengarah-pengarah serta kakitangan Fonsen Group of Companies, sukarelawan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong, isteri dan anak - anak En.Hii.
Majlis meriah ini juga mendapat liputan dari pihak Astro Awani.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"692","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Pasukan yang mantap....En.Hii bersama kakitangan dan sukarelawan PKM HKC bergambar selepas majlis tersebut.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"693","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Tumpang gembira...sebahagian daripada tetamu yang menyerikan majlis tersebut.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"694","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Yang terbaik....En Hii dan isteri merakamkan kenangan indah bersama beberapa pengunjung Melayu yang turut hadir pada malam tersebut.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"695","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Mesra...Sifat mudah mesra dan peramah membuatkan En Hii sentiasa menjadi tumpuan utama pengunjung.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"696","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"321","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Sebahagian daripada pengunjung yang hadir..
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"697","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"321","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Sebahagian daripada ahli - ahli perniagaan bersama En Hii di meja utama.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"698","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Yang tua tidak dilupakan...Puan Ling iaitu isteri En Hii turut mnghulurkan ang pau kepada warga tua. Dianggarkan lebih kurang 500 warga tua yang berumur 65 tahun ke atas mendapat duit raya tersebut.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"699","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Acara kemuncak...En Hii dan isteri serta tetamu kehormat sedang melakukan acara Lao Shen iaitu satu tradisi sambutan Tahun Baru Cina.