Lawatan Ke Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Methodist

07.02.13--Penyelia, sukarelawan, kakitangan serta penghuni - penghuni Rumah Kebajikan Kanak - Kanak Methodist (Methodist Children Home) merasa sungguh gembira dan bertuah kerana pagi ini mereka telah didatangi seorang dermawan terkemuka iaitu En. King Chiong Hii serta rombongan.

Pada lawatan ini En. Hii yg ditemani oleh anak lelaki beliau, En.Hii Wei Wen turut menyumbangkan derma dan membahagi - bahagikan ang pau kepada penghuni rumah kebajikan berkenaan.

Lawatan ke rumah kebajikan ini yang terletak di Jalan Jee Foh 8, Krokop adalah sebahagian daripada program amal Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong sempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2013.

Kedatangan beliau turut diiringi Datuk Bandaraya Miri, Kr Lawrence Lai, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Kr Suzanne Lee Tze Ha, Kr Lawrence Kong, Kr Hjh Lela Mohamad, Kr Hjh Khadijah Hj Muip, Ketua Wanita PBB Senadin, Pn Nilawati Simat dan Ketua Pemuda PBB Cawangan Pujut, En. Ismail Hj Lai.

Ketibaan En.Hii serta rombongan telah disambut mesra oleh Pengerusi rumah kebajikan berkenaan iaitu En.Andrew Kuek, Supritendent Methodist Children Home Wilayah Miri, Pn Esther Law, ahli - ahli Lembaga Pengurusan dan penghuni - penghuni MCH Krokop.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"584","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"255","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii Wei Wen menyerahkan sumbangan derma kepada Pn Esther sambil disaksikan oleh En.Hii dan yang lain - lain.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"585","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

Ikhlas dari saya...En Hii menyampaikan ang pau kepada En.Andrew Kuek.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"586","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

En.Hii bersama - sama sebahagian daripada kanak - kanak Rumah Kebajikan Methodist. Rumah kebajikan ini menempatkan 24 kanak - kanak yang terdiri daripada 13 lelaki dan 11 kanak - kanak perempuan yang berumur antara 4 hingga 17 tahun. Penghuni rumah ini terdiri daripada berbilang bangsa dan saraan hidup mereka dibiayai oleh Gereja Methodist Miri serta sumbangan daripada orang ramai. Antara penyumbang utama rumah kebajikan ini adalah En. Hii.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"587","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

Saling membantu...En.Hii ketika menyeru orang ramai agar sama - sama membantu kanak - kanak malang yang menjadi penghuni tetap Rumah Kebajikan Methodist ini.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"588","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]

Penyokong Setia....Pn Nilawati (2 dari kiri), Kr Hjh Khadijah (3 dari kanan), Kr Hjh Lela dan Kr Lawrance Kong (kanan) antara individu - individu yang setia menemani En.Hii dalam mana - mana program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong sejak ianya mula beroperasi awal tahun 2012.