Lawatan Ke Pasar Malam

26.12.12. - Penasihat Persatuan Penjaja ~ Penjaja Malaysia En.Hii King Chiong hari ini sekali lagi melawat tapak Pasar Malam Saberkas.Tujuan utama beliau ke sini ialah untuk melihat dengan sendiri kerja ~ kerja mendirikan kanopi yang dilaporkan berdepan dengan beberapa masalah.

Projek pemasangan kanopi ini mendapat kritikan hangat ketika ini apabila sebahagian daripadanya roboh akibat cuaca buruk. Majlis Bandaraya Miri (MBM) telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek ini dimana perbelanjaan yang menelan hampir RM400,000.00 dan dijangka siap sepenuhnya awal bulan Januari tahun depan.

Menurut laporan, sebahagian daripada kanopi yang telah siap didirikan roboh akibat hujan lebat pada hari Selesa lepas. Namun beberapa penjaja menjelaskan kecuaian MBM dan juga kontraktor adalah penyebab utama kejadian ini berlaku. Sejak dua hari lepas masalah ini telah menjadi perbualan hangat di media ~ media sosial terutamanya Facebook dan juga Twitter dan mereka menyalahkan MBM serta pihak kontraktor.

Pengerusi Jawatankuasa Pasar Malam Saberkas (JPMS), En.Adnan Mohd Yusof mendakwa keseluruhan projek pemasangan kanopi tersebut tidak mengikut speksifikasi yang telah dipersetujui oleh JPMS dan MBM. Selain itu pelaksanaan projek ini telah dilakukan tanpa perbincangan JPMS dan mereka juga tidak diberitahu mengenai sebarang perubahan speksifikasi yang melibatkan isu keselamatan.

"Ianya tidak mengikut spek seperti mana yang telah dipersetujui. Keseluruhan projek ini tidak berpandukan pada spek sebenar dan kami menyalahkan MBM mengenai masalah ini", dakwa beliau sambil membentangkan plan asal projek tersebut kepada Datuk Bandaraya Miri, Kr Lawrence Lai serta jurutera MBM En.Dennis Ng.

Kr Lawrence yang juga berada di tapak tersebut ketika diminta mengulas mengenai masalah ini menjelaskan, "Terdapat beberepa perkara yang perlu diubah dan perubahan pada speksifikasi adalah untuk kebaikan projek ini. Selain itu pihak kami ingin memastikan projek ini siap sebelum ‘Pesta Jom Makan’ yang akan diadakan di sini pada 29 Disember ini".

En Hii kemudian menjelaskan bahawa pihak Pusat Hii King Chiong (PKM HKC) hanya bertanggungjawab membantu MBM untuk mendapatkan dana dan tidak terlibat samada secara langsung maupun tidak langsung dengan projek tersebut.

Jelas beliau, "kami tidak mendapat sebarang kepentingan dalam projek ini dan tidak tahu projek ini dianugerahkan kepada siapa. Kami hanya menyerahkan sepenuhnya kepada MBM dan bekerjasama untuk mendapatkan peruntukan yang besar untuk projek ini. Saya menerima banyak
permintaan daripada penjaja ~ penjaja dan apa yang dapat saya lakukan ketika ini ialah saya akan menunaikan permintaan mereka tetapi biarlah ianya dilakukan satu persatu. Saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak tetapi saya akan pastikan mereka mempunyai tempat yang
lebih baik dan selesa untuk mencari nafkah".

Lawatan En.Hii turut disertai Kr Lawrance Kong, Kr Hjh Lela Mohamad, jurutera serta pegawai ~ pegawai MBM dan wartawan. Ketibaan beliau disambut mesra oleh ahli ~ ahli JPMS dan beberapa ahli Persatuan Penjaja Bumiputera Miri Sarawak (PBMS).

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"239","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii (tengah) dan En.Adenan (kiri) sedang diberi penerangan oleh wakil kontraktor projek pemasangan kanopi tersebut.