Lawatan Ke Kampung Merikan
Beberapa bulan lepas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC)menerima aduan daripada penduduk Kampung Merikan mengenai masalah perparitan di kawasan ini. Menurut mereka, setiap kali hujan lebat air akan membanjiri kawasan ini dan ianya membawa kesukaran kepada penduduk kerana jalan utama ke kawasan perumahan ini akan dibanjiri air akibat daripada sistem perparitan yang kurang sempurna.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1063","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Tindakan pantas PKM HKC telah berjaya mengatasi masalah ini dan kini projek pembinaan parit serta pembesaran jalan di kawasan ini sedang giat dijalankan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1064","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En. Hii King Chiong sedang meninjau projek pembesaran jalan di Kpg Merikan yang pastinya akan memberikan keselesaan kepada penduduk terbabit.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1065","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii King Chiong sedang diberi taklimat oleh seorang penduduk mengenai projek pembesaran jalan dan projek membaik pulih sistem perparitan di Kpg Merikan. Turut sama ialah Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Kr Suzanne Lee Tze Ha.