Khidmat Kebajikan Untuk Semua
01.02.13--Bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Cina, En Hii King Chiong telah membuat lawatan ke Hospital Umum Miri (HUM).
Dalam lawatan singkat ini beliau turut membahagikan Ang Pau dan buah limau Mandarin kepada pesakit - pesakit di Wad Kanak - Kanak dan juga Wad Pediatric(HUM).
Kedatangan beliau yang turut disertai oleh Kr Keith Chin, Kr Lawrence Kong, Cr Hjh Lela Mohamad, Ketua Wanita PBB Caw. Senadin serta kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong telah disambut mesra oleh ahli - ahli Lembaga Pengurusan HUM yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Jack Wong Siew Yu dan kakitangan HUM.
Dalam kesempatan lawatan ini, satu sesi dialog telah diadakan antara En.Hii dan pihak HUM.
Dr Jack Wong telah mengetengahkan beberapa masalah yang dihadapi oleh HUM terutamanya masalah kawasan letak kenderaan dan juga kekurangan peralatan kesihatan yang lebih canggih.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"532","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En Hii bersama Dr Jack Wong (3 kiri)serta rombongan bergambar kenangan selepas lawatan
tersebut.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"533","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En Hii meninjau kawasan letak kereta HUM..