Kedai Kopi Mengkritik Birokrasi, Hii King Chiong Suka Budaya Unik

28.06.2015--Tetamu kehormat Dato Hii King Chiong berkata kebebasan bersuara di kedai kopi membenarkan orang ramai mengutuk, mengkritik dan menuduh birokrat tidak bertanggungjawab yang menerima gaji daripada rakyat tetapi langsung tidak mengambil berat kepentingan rakyat.

Amalan orang ramai bergaul di kedai kopi dan menyuarakan pendapat sudah menjadi budaya yang unik. Seseorang memperoleh kepuasan daripada berkongsi pendapat yang sama dengan orang lain dan melepaskan geram terutamanya mengenai hal-hal yang menyebabkan kekecewaan dan kemarahan. Kita boleh melihat orang ramai bersinggah di kedai-kedai kopi setiap hari sebelum bekerja – inilah “daya tarikan kedai kopi”.

Hii membuat kenyataan tersebut dalam ucapannya pada malam ini di majlis ulang tahun ke-39 merangkap jamuan sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan Kedai Kopi Miri di Restoran Boulevard.

Beliau berkata, kedai kopi merupakan tempat penting di mana banyak perkara boleh dilakukan dari makan minum, berbual-bual, berurusniaga kepada membuat keputusan hidup yang penting. Beliau juga banyak mendapat ilham untuk menyelesaikan perkara-perkara mustahak di kedai-kedai kopi.

Beliau menegaskan bahawa orang-orang yang berkata “masalah tidak dapat diselesaikan di kedai-kedai kopi” bukan sahaja salah tetapi mereka juga telah memandang rendah dan menghina industri dan pekerjaan kedai kopi.

Hii mengimbas kembali kejadian di mana seorang ahli politik telah membuat kenyataan menghina seorang calon pilihan raya yang menjalankan perniagaan kuey teow goreng tetapi akhirnya kehilangan masa depan politiknya sendiri. Beliau berkata para pengusaha kedai kopi dan penjaja mestilah dihormati dan jangan dibuli.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2062","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"225","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]