Kawasan Letak Kereta Diperluaskan

20.12.12--Permohonan ahli - ahli Persatuan Pengamal Ba'at Sen Miri untuk menambah kawasan letak kereta telah mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Datuk Bandaraya Miri (MBM), Kr Lawrance Lai.

Dalam satu upacara ringkas diperkarangan Toh Pekong berkenaan, Kr Lawrance mengumumkan bahawa pihak MBM tidak mempunyai sebarang masalah dalam meluluskan permohonan tersebut. Beliau yang diiringi oleh pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) En.Hi King Chiong, Kr.Lawrance turut menyatakan bahawa MBM akan bekerjasama dengan pihak PKM HKC dalam melaksanakan kerja - kerja membesarkan kawasan letak kereta tersebut.

"MBM tiada sebarang bantahan dalam meluluskan permohonan ini dan saya berharap dengan kerjasama yang padu dari pihak PKM HKC khususnya En.Hii, kerja - kerja penambahan kawasan letak kereta ini akan dimulakan segera", jelas Datuk Bandaraya MBM.

Sementara itu, En.Hii ketika diminta mengulas mengenai jaringan kerjasama padu antara MBM dan PKM HKC menjelaskan bahawa dengan adanya sikap tersebut segala permintaan dan masalah masyarakat dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

Jelas beliau, "MBM boleh meluluskan sesuatu permohonan, namum tenaga kerja amat terhad.Oleh itu, dengan adanya kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi serta tenaga kerja yang bermotivasi tinggi, kami sedia membantu dalam melaksanakan projek ini. Kami akan memastikan segala
tanggungjawab yang telah diamanahkan akan dijalankan dengan lebih efektif".

Kedatangan rombongan MBM dan PKM HKC disambut mesra oleh Pengerusi serta ahli - ahli Persatuan Pengamal Ba'at Sen, Miri. Turut serta dalam rombongan ini Kr Lawrance Kong, Kr Keith Chin, Kr Hjh. Lela Mohamad, Jurutera Kanan MBM, En.Chai Koh Het, Pegawai - pegawai MBM, Pengerusi PBB Cawangan Pujut, En.Abu Bakar Hj.Amit, Ketua Pemuda PBB Cawangan Piasau, En.Affendi Jawawi, Ketua Pemuda PBB Cawangan Senadin Mohd Tinggal, kakitangan PKM HKC dan wartawan dari media cetak tempatan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"142","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"359","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Kr Lawrance Lai (3 dari kiri) menerima surat permohonan untuk membesarkan kawasan letak kereta dari En. Wee, Pengerusi Persatuan Pengamal Ba'at Sen Miri sambil diperhatikan oleh En.Hii (4 dari kanan)dan tetamu yang lain.