Jualan Amal Bagi Pengumpulan Dana SJK(C) NorthMiri
4.10.2014--Dato Hii King Chiong amat terharu dengankehadiran orang ramai ke jualan amal bagi pengumpulan danayang menunjukkan sikap keprihatinan dan kasih sayangterhadap SJK(C) North Miri.
Beliau berbangga dengan usaha dan sumbangan lembagapengarah, guru besar, para guru dan kakitangan serta para ibubapa yang menjayakan aktiviti pengumpulan dana ini.
Hii menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan danaSJK(C) dan berharap kerajaan akan menambah peruntukanbantuan dana. Beliau menekankan bahawa SJK(C) menerimamurid-murid tanpa mengira kaum, etnik dan agama. Beliau jugamenyatakan bahawa SJK(C) turut memberi keutamaan kepadaBahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan pengiktirafan,pemahaman dan penggunaan pelbagai bahasa boleh menambah baik komunikasi, sifat saling menghormati dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum.
Hii mendorong agar semua terus memberi perhatian dan kasih sayang dengan penuh sokongan kepada SJK (C) North Miri dalam memberi pendidikan berkualiti kepada semua pelajar.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1541","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"330","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]