Jambatan Baru Tudan Fasa 5 - Desa Pujut..
15.04.13--“Khidmat masyarakat yang saya dan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) laksanakan ketika ini tiada hubungkait dengan pilihanraya umum yang akan datang. Samada saya dipilih menjadi calon ataupun tidak, khidmat kami akan sentiasa diteruskan. Saya akan tetap membantu masyarakat Miri samada kaum Cina maupun Bumiputera. Saya lakukan usaha ini bukan untuk mendapat pujian ataupun untuk menjadi ahli yang berhormat tetapi saya lakukan usahan murni ini semata - mata ingin menabur bakti kepada masyarakat Miri”,jelas usahawan dan dermawan tempatan, En.Hii King Chiong ketika ditanya pemberita mengenai khabar angin yang mendakwa beliau akan dicalonkan untuk kerusi Parlimen P219 Miri.
Sambil berjenaka beliau menjelaskan, “kalau nak jadi calon kita mesti ada jawatan penting dalam parti, kita mesti kuat melobi dan yang paling penting, rakyat yang inginkan kita menjadi calon. Tiada maknanya kita menjadi wakil rakyat tetapi pada hakikatnya rakyat menolak kita”.
En.Hii yang juga pengasas PKM HKC berkata demikian ketika melawat tapak pembinaan jambatan baru yang menghubungkan Tudan Fasa 5 dengan Desa Pujut Permyjaya tengahari tadi. Kehadiran beliau adalah untuk meninjau perkembangan terkini pembinaan jambatan tersebut yang diusahakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jawatankuasa Penduduk Tudan Fasa 4 & 5 dan pihak PKM HKC.
Upacara pecah tanah projek pembinaan ini telah diadakan pada awal bulan Mac dan kerja - kerja pembinaan telah bermula beberapa hari kemudiannya.
Menurut Pembantu Jurutera Kanan JKR, En.Ting Sie Lok yang turut menemani En.Hii menjelaskan bahawa seramai 14 pekerja mahir dari Kuching telah diberi tanggungjawab untuk membina jambatan tersebut. Pekerja - pekerja ini adalah pakar dalam pembinaan ‘bailey bridge’ dan jambatan baru ini dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua minggu.
Turutserta dalam kunjungan En.Hii ialah Kr Keith Chin, Pengerusi Pekida Miri, Sdr Sarbini Japar, beberapa penduduk Tudan Fasa 5 & Desa Pujut dan juga media tempatan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"958","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii (2 kiri), En.Ting (kanan), Kr Keith (kiri barisan belakang) ketika meninjau projek pembinaan jambatan tersebut
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"959","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"295","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Pembinaan ‘bailey bridge’ yang sedang giat dilaksanakan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"960","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Pekerja - pekerja mahir yang didatangkan khas dari Kuching..