Jambatan Baru Tudan 5 - Terima kasih En.Hii....
22.06.13--"Saya bagi pihak penduduk Tudan Fasa 5 dan Desa Pujut Permyjaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Hii King Chiong kerana dengan usaha gigih beliau, harapan kami untuk mendapat jambatan baru kini menjadi kenyataan", jelas Ayahanda Lias Julaihi ketika mengiringi ahli perniagaan terkemuka En.Hii King Chiong melawat perkembangan terkini projek pembinaan jambatan baru Tudan 5 hari ini.
Menurut En.Lias, mereka telah beberapa kali memohon kepada pihak - pihak terbabit agar jambatan yang lebih besar dibina untuk menghubungkan Tudan 5 dengan Bandar Baru Permyjaya tetapi permohonan mereka tidak mendapat sebarangbalasan. Setelah hampir 15 tahun menanti, tindakbalas segera En.Hii, impian mereka kini sudah tercapai.
"Beberapa bulan lalu kami mengadu masalah kami kepada pihak Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC)dan selang beberapa hari selepas itu En.Hii datang meninjau keadaan jambatan ini. Beliau berjanji untuk membantu dan selepas itu upacara pecah tanah diadakan. Ini sesuatu yang harus kita hargai", jelas Ayahanda Lias.
En.Hii yg juga pengasas PKM HKC menjelaskan pembinaan jambatan tersebut kini hampir 99% siap dan ianya boleh dilalui oleh kenderaan yang berat muatan kurang daripada tiga tan.
Menurut beliau lagi projek pembinaan jambatan baru tersebut adalah usahasama antara JKR, MBM, PKM HKC & Jawatankuasa Penduduk Kpg Tudan 5.
"Saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terbabit. Saya juga berharap penduduk - penduduk di sini akan sentiasa bekerjasama bagi memastikan kenderaan berat tidak akan menggunakan jambatan ini", kata En.Hii.
Kedatangan beliau disambut mesra oleh beberapa penduduk Kpg Tudan 5 yg diketuai oleh Ayahanda Lias, selaku wakil Jawatankuasa Penduduk Kpg Tudan 5.
Turut serta mengiringi En Hii ialah Setiausaha Politik Kpd Ketua Menteri, Kr Suzanne Lee Tze Ha. Kr Keith Chin, Kr Lawrance Kong, Pengerusi Pekida Miri, Sdr Sarbini Japar dan juga media tempatan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1060","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii bergambar kenangan bersama penduduk Tudan 5 di atas jambatan yang kini hampir siap sepenuhnya.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1061","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Laluan Dibuka!kenderaan En.Hii merupakan kenderaan pertama yang melalui jambatan baru ini. Jambatan ini akan dibuka sepenuhnya setelah kerja - kerja menurap jalan siap sepenuhnya.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1062","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Kerjasama Yang Padu,Ayahanda Lias Julaihi (tengah), Kr Keith Chin (kanan) dan En.Hii ketika menijau jambatan baru tersebut.