Hii mengagih-agih Bubur Lambuk kepada pengunjung
12.07.13-- Sempena dengan Ramadan Al-Mubarak, ahli perniagaan yang terkenal dengan sifat dermawan iaitu En.Hii King Chiong telah mengagih-agih bubur lambuk kepada pengunjung serta orang ramai di Pasar Ramadan Stadium Tertutup Miri.
Juadah bubur lambuk adalah merupakan sebahagian daripada program kemasyarakatan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC). Program ini adalah dianjurkan bersama antara PKM HKC, Pergerakan Wanita PBB Pujut, Pergerakan Wanita Piasau dan juga PBB Cawangan Pujut.
Menurut En.Hii, beliau terasa terkejut dengan sambutan orang ramai terhadap program yang julung kali diadakan ini.
"Saya terkejut apabila dengan kehadiran orang Cina dan juga Orang Ulu dan mereka juga meminati bubur lambuk. Inilah budaya kita, kaum Melayu, Cina dan Orang Ulu hidup harmoni dan kita berkongsi dalam banyak aspek", jelas En.Hii sambil menghulurkan bubur lambuk kepada orang ramai yang datang.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1102","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii sedang menyampaikan bungkusan bubur lambuk kepada seorg pengunjung kanak-kanak. Turut kelihatan ialah Puan Hii, Sdr Abu Bakar, Kr Abdul Razak serta yg lain.