Hii King Chiong : Toleransi dan Keprihatinan Adalah Daya Penggerak Terbesar Keharmonian & Kemajuan Sosial
18.11.2014-- “Toleransi dan keprihatinan adalah daya penggerak terbesar dalam keharmonian dan kemajuan sosial. Langkah Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan untuk mengumpul dana pendidikan melalui sambutan Hari Penjaja Kebangsaan 1118 adalah satu tindakan yang mulia dan contoh yang baik”, kata Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat persatuan Dato Hii King Chiong dalam ucapannya di mesyuarat kebangsaan wakil-wakil yang ke-42.
Hii berkata kenaikan harga minyak baru-baru ini telah membawa peningkatan kos kepada industri-industri berkenaan yang pasti memberi kesan kepada para peniaga dan penjaja.
Beliau menegaskan bahawa Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan adalah persatuan yang berpengalaman dan berpengaruh dan beliau percaya rakan-rakan peniaga dan penjaja mampu segera menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan dan masalah seterusnya.
Beliau menyeru rakan-rakan peniaga dan penjaja dari timur dan barat negara ini untuk bekerjasama rapat. Beliau menegaskan bahawa ahli-ahli harus berkomunikasi dan bekerjasama terutamanya dalam perniagaan antara satu sama lain dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan pembangunan perniagaan untuk manfaat bersama.
Beliau mengenali peniaga-peniaga berjaya yang telah membuat sumbangan besar dalam memberi galakan dan sokongan kepada para peniaga dan penjaja baru dan tidak berpengalaman.
Hii berkata bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan merupakan ahli-ahli perniagaan dan pemimpin persatuan yang dihormati. Mereka banyak berusaha menggalakkan persahabatan baik di kalangan ahli-ahli dan bekerja keras dalam memastikan keharmonian, keamanan dan kemakmuran di kalangan ahli-ahli.
Beliau mengucapkan tahniah kepada majlis baru yang dipilih dalam Persatuan Penjaja Bersatu Sarawak. Beliau berharap majlis baru ini akan terus bekerja rapat dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan untuk manfaat ahli-ahli.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1602","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"257","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]