Hii King Chiong : Sentiasa Dahulukan Rakyat, Berkhidmat Kepada Rakyat Dengan Sepenuh Hati!

14.06.2015--- Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kita dapat melihat penduduk Miri suka mencari pasukan-pasukan khidmat daripada cawangan-cawangan parti kami kerana ahli-ahli parti kami bersatu padu, bertindak cepat dan bersungguh-sungguh. Kami sentiasa mendahulukan rakyat, menggalakkan semangat perpaduan negara dan berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati.”

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau Dato Hii King Chiong membuat kenyataan tersebut dalam ucapannya malam ini di ‘Majlis Sambutan Malam Mengenang Jasa Ibu Bapa’ anjuran bersama Bahagian Wanita dan Belia UPP Wilayah Utara.

Beliau berkata selepas penubuhan cawangan-cawangan UPP Wilayah Utara, mereka telah berjaya melangkah masuk ke kalangan rakyat di peringkat akar umbi untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Beliau sangat gembira mengetahui bahawa orang ramai tanpa mengira kaum, etnik dan agama telah memberi sokongan dan sambutan yang sangat baik kepada pasukan-pasukan khidmat UPP.

“Walaupun kami terus menghadapi kritikan dan pernyataan yang mengelirukan daripada sesetengah pihak, komrad-komrad parti kami kekal teguh dan positif. Kami sentiasa mendahulukan rakyat dengan keazaman yang kuat dalam memberi perkhidmatan dan bekerjasama dengan rakyat untuk menyelesaikan masalah.”

Beliau meneruskan, “Komrad-komrad, saudara-saudari yang dikasihi, kita ialah satu keluarga. UPP memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional. Terdapatnya menteri-menteri dalam Kerajaan BN, setiausaha politik kepada ketua menteri, kaunselor-kaunselor dan ketua-ketua masyarakat di kalangan komrad-komrad parti kami yang bertungkus lumus setiap hari untuk berkhidmat kepada rakyat.”

Hii berkata kesungguhan dan keikhlasan UPP akhirnya membuahkan hasil apabila Perdana Menteri dan Pengerusi BN Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menghadiri satu majlis sambutan perayaan Gawai Dayak baru-baru ini menasihatkan parti-parti komponen BN Sarawak untuk bekerjasama dengan parti-parti BN Plus untuk kestabilan politik, perpaduan dan keharmonian negara serta masa depan yang lebih baik.

“Sebelum ini, Ketua Menteri dan Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem juga beberapa kali menyampaikan mesej serupa yang tegas di mana beliau menyeru semua parti untuk bekerjasama dan mengurus Sarawak. Oleh itu, kita mesti mengelakkan perpecahan demi kesejahteraan rakyat Sarawak! Ini satu kesimpulan seperti yang diramalkan jadi jangan membuang masa berhujah mengenai perkara ini. Kita perlu mendedikasikan masa yang sangat berharga untuk berkhidmat kepada rakyat, melangkah masuk ke kalangan rakyat di peringkat akar umbi dan membantu menyelesaikan masalah mereka.”

Hii menggesa komrad-komradnya untuk menghadapi realiti bersama-sama, mengambil satu langkah pada satu masa dan mengambil pendekatan yang sistematik dan teratur dalam menyelesaikan masalah yang terkumpul selama 20 tahun lebih dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Miri.

Beliau merasa gembira melihat komrad-komrad, para penyokong dan hadirin lain membawa keluarga dan ibu bapa mereka ke majlis sambutan itu, seterusnya membawa kegembiraan dan kasih sayang ke majlis malam tersebut.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1993","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"295","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]