Hii King Chiong : Satukan Kumpulan-Kumpulan Etnik, Mainkan Peranan Dalam Perpaduan Negara

06.03.2015-- Saya berharap semua ahli Persatuan Guang Ning Miri boleh bekerjasama dalam menyatukan kumpulan-kumpulan etnik dan memainkan peranan dalam keharmonian sosial dan perpaduan negara untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.”

Dato Hii King Chiong telah dijemput sebagai tetamu kehormat Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, majlis penerimaan jawatan bagi jawatankuasa baru dipilih dan pemberian insentif pendidikan kepada anak-anak ahli anjuran Persatuan Guang Ning Miri. Hii tidak dapat menghadiri majlis tersebut dan diwakili oleh presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Miri Sarawak, Encik Hii Teck Yun, untuk menyampaikan ucapannya.

Beliau berkata majlis penerimaan jawatan dan pemberian insentif pendidikan telah memeriahkan lagi majlis sambutan tahun baru. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada presiden dan ahli-ahli jawatankuasa yang baru dipilih.

Hii berkata Persatuan Guang Ning Miri adalah penubuhan yang masih muda tetapi mempunyai para pemimpin yang berpengalaman dan berbakat. Beliau sangat yakin dengan jawatankuasa baru dan percaya bahawa mereka akan meneruskan semangat perpaduan yang sama dalam memberi sumbangan yang lebih besar kepada ahli-ahli, masyarakat dan negara.

Beliau berkata kerja-kerja kemasyarakatan tidaklah mudah. Ia bukan sahaja memerlukan masa dan wang tetapi juga yang lebih pentingnya, hati yang berdedikasi.

“Seorang saudara tua pernah memberitahu saya, dengan hanya kesungguhan tidaklah mencukupi, seseorang perlu mempunyai hati yang penuh toleransi. Seseorang mesti menghormati kaum-kaum, etnik-etnik dan agama-agama lain. Kurangnya hormat dan toleransi akan mengakibatkan konflik dan perpecahan. Ada orang yang menyalahgunakan subjek-subjek kaum, agama dan politik dan menyebabkan percanggahan dan konflik untuk kepentingan peribadi.”

Hii menegaskan bahawa fenomena ini bukan sesuatu yang luar biasa dalam persatuan-persatuan dan lingkungan politik. Keadaan semasa semakin teruk dan amat membimbangkan. Oleh itu, seseorang mestilah berhati-hati agar tidak dieksploitasi menjadi instrumen untuk mencetuskan perpecahan.

“2015 adalah tahun yang penuh dengan harapan dan juga penuh dengan cabaran. Saya bersedia untuk menghadapi cabaran bersama-sama dengan semua orang.”

Beliau berkata, "Rakan-rakan yang dikasihi, kita semua adik-beradik, kita kan satu keluarga. Kita tidak boleh membezakan antara kaum-kaum dan agama-agama kerana dalam struktur keluarga semasa kita memang adanya ahli-ahli daripada pelbagai kaum dan agama.”

Beliau menekankan bahawa semua orang berkongsi satu persamaan iaitu hidup bersama di Malaysia. Oleh itu, semua orang berkongsi tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan, keharmonian dan perpaduan negara.

“Rakan-rakan sekalian, marilah kita saling menerima satu sama lain dengan saling hormat-menghormati, menyokong dan menggalak. Untuk diri kita dan generasi seterusnya, marilah kita bekerjasama untuk masa hadapan yang lebih baik.”
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1768","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]