Hii King Chiong : Permintaan Rakyat Tidak Boleh Diabaikan, Para Penduduk Berhak Menikmati Infrastruktur Jalan Raya Yang Baik
23.03.2015--“Agar para penduduk Riam dapat menikmati infrastruktur jalan raya yang lebih baik, walaupun jika wakil-wakil rakyat dan majlis tempatan tidak mengambil sebarang tindakan, saya, Hii King Chiong, tidak akan mengabaikan permintaan rakyat.”
Beliau berjanji kepada para penduduk bahawa beliau akan mencari penyelesaian masalah infrastruktur jalan raya yang telah menyusahkan mereka selama lebih daripada 20 tahun.
Hii hari ini memberi respon terhadap kenyataan akhbar wakil-wakil rakyat dan majlis tempatan bahawa mereka tidak dapat menggunakan peruntukan kerajaan untuk membina Jalan Riam No. 88 (lebih daripada 1 km panjangnya) dengan alasan isu tanah persendirian. Hii memberitahu para pemberita bahawa “peraturan adalah tetap tetapi manusia adalah fleksibel”. Sebagai wakil-wakil rakyat dan majlis tempatan, mereka harus mencari cara penyelesaian yang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan bukannya mengabaikan mereka dengan memberi respon “tiada caranya”.
Beliau menekankan bahawa sikap penyayang dan saling hormat-menghormati adalah perlu dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan kebudayaan. Walaupun jika tidak dapat memperoleh peruntukan kerajaan, seseorang itu perlu cuba cara-cara atau saluran-saluran lain untuk menyelesaikan kesusahan rakyat. Wakil rakyat dan wakil suara sebeginilah yang rakyat betul-betul mahu.
“Tanpa sokongan murah hati daripada para dermawan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri, pembinaan pusat baru PIBAKIS tidak akan berjalan dengan begitu lancar. Satu lagi contoh yang baik ialah kejayaan sekolah-sekolah menengah Cina. Ini adalah hasil daripada perpaduan rakyat. Boleh saya bertanya jika permintaan rakyat diabaikan kerana peruntukan kerajaan tidak dapat diperoleh, siapa yang boleh mereka bergantung kepada dalam masa-masa kesusahan?”
Hii berkata pada tahun lepas, para penduduk di kawasan dua jalan kampung di Teluk Batu 7 Jalan Miri-Bintulu juga meminta bantuan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong. Melalui permintaan bersungguh-sungguh daripada pusat khidmat kepada pihak berkuasa berkenaan, masalah infrastruktur jalan raya lebih 20 tahun itu akhirnya telah diselesaikan. Satu lagi kes serupa ialah pembinaan jambatan yang menghubungkan Tudan dan Desa Pujut. “Jika anda sudi bekerja keras, tiada apa yang mustahil.”
Hii menjelaskan bahawa pasukan khidmat Majulah Miri ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk tujuan menjaga kebajikan rakyat dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka dalam kes-kes di mana mereka diabaikan oleh wakil-wakil tempatan. Jika wakil-wakil telah mendahulukan rakyat, pasukan khidmat Majulah Miri tidak perlu diasaskan sama sekali.
“Walaupun pasukan khidmat Majulah Miri ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, ia tidak akan mengabaikan permintaan rakyat. Pasukan khidmat akan melakukan yang terbaik untuk membantu sesiapa sahaja yang datang meminta bantuan.”
Beliau berharap menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat boleh bekerjasama dengan pasukan khidmat Majulah Miri kerana pusat khidmat mempunyai sumber yang terhad dan perkara-perkara tertentu memerlukan kuasa wakil-wakil berkenaan untuk mengambil tindakan seterusnya.
Jika semua orang komited dalam mendahulukan rakyat, Hii percaya sebesar mana pun masalah mesti boleh diselesaikan.
Hii berjanji kepada lebih sepuluh isi rumah yang tinggal di kawasan Jalan Riam No. 88 bahawa beliau akan melakukan segala yang mungkin melalui cara-cara atau saluran-saluran lain untuk membantu dan menyelesaikan masalah mereka jika permintaan pembinaan jalan kepada kerajaan tidak diendahkan.
Jalan Riam No. 88 terletak di antara SJK (C) Chung San Riam Miri dan Jalan Lambir, dan mempunyai jumlah penduduk kira-kira 70 hingga 80 orang daripada lebih 10 isi rumah.
Pada masa ini, para penduduk menggunakan jalan simen dibina sendiri yang sangat sempit. Pembinaan sebelum ini dibiayai sendiri oleh penduduk tempatan. Jalan raya ini dibina dengan dua jalur simen cukup hanya untuk dipandu oleh kedua-dua belah tayar kereta. Ia penuh dengan liku-liku dan kereta-kereta biasanya jatuh ke dalam lumpur apabila cuba mengelak daripada kenderaan lain dari depan pada hari-hari hujan.
Hii menghadiri rumah terbuka Tahun Bahu Cina penduduk Jalan Riam No. 88 pada awal bulan ini di mana para penduduk menyampaikan masalah mereka dan meminta bantuannya. Semasa pemeriksaan jalan raya, para penduduk juga memberitahunya bahawa ada juga ahli-ahli politik sebelum ini yang telah membantu dalam membuat permintaan untuk pembinaan jalan raya tetapi tidak berhasil untuk lebih daripada 20 tahun dan mereka amat kecewa terhadap kerajaan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1796","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"269","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]