Hii King Chiong : Perkhidmatan Tanpa Sempadan, Sentiasa Dahulukan Rakyat!

31.03.2015--Ketua pasukan Majulah Miri, Dato Hii King Chiong, berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri adalah untuk menjaga keperluan rakyat secara menyeluruh dan bukannya bagi para wakil rakyat menjaga kepentingan kawasan sendiri. Beliau juga menerangkan bahawa jika para wakil rakyat telah menjalankan tugas dengan baik dan sentiasa mendahulukan rakyat, Majulah Miri tidak perlu diasaskan sama sekali.

Menekankan “perkhidmatan tanpa sempadan”, Hii berharap rakyat dan para wakil rakyat tidak salah mengerti keikhlasan Majulah Miri dalam memberi perkhidmatan. Di mana pertolongan diperlukan, Hii King Chiong akan sedia membantu.

Hii dijemput hari ini untuk bertemu dengan para penduduk di Kampung Lopeng Tengah. Beliau berkata bahawa Majulah Miri tidak terlibat dalam politik dan merupakan pertubuhan bukan kerajaan. Majulah Miri mempunyai pasukan khidmat dengan para belia yang bermotivasi dan bersemangat. Pusat khidmat hanya berharap dapat menambah baik dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Beliau menekankan bahawa Majulah Miri ditubuhkan untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan lokasi. Walaupun pusat khidmat mempunyai sumber yang terhad, pasukan khidmat akan melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan.

“Kemampuan Majulah Miri dan saya atas batasnya. Oleh itu, kami benar-benar berharap kerajaan tempatan, para wakil rakyat dan orang ramai boleh bekerjasama dengan kami dalam mencapai keputusan yang lebih baik. Ini adalah kekuatan melalui perpaduan. Jika seseorang hanya menjaga kepentingan kawasan sendiri, tidak wujudlah kasih sayang dan kekitaan.”

Hii menggesa semua orang membendung prejudis dan bekerjasama untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Jawatankuasa Surau Darul At-Taqwa di Kampung Lopeng Tengah meminta bantuan Majulah Miri untuk membina bilik jenazah dan gelanggang serba guna. Hii berjanji kepada para penduduk kampung bahawa beliau akan memberi bantuan demi meningkatkan kualiti dan suasana kehidupan mereka.

Orang-orang kampung di Kampung Lopeng Tengah memberitahu Hii bahawa mereka telah mengemukakan permintaan mereka kepada kerajaan tempatan dan wakil-wakil rakyat untuk beberapa kali tetapi tidak berhasil untuk lebih daripada 20 tahun. Mereka berharap Majulah Miri akan memberi bantuan dan merealisasikan impian mereka.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1831","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]