Hii King Chiong : Pendidikan Kunci Kepada Pembangunan Negara Yang Berkekalan
08.03.2015--Pengerusi lembaga Tadika Bandar Peranginan Miri Dato Hii King Chiong berkata pendidikan ialah kunci kepada pembangunan negara yang berkekalan. Ratusan tahun yang lalu apabila nenek moyang Foochow dari China datang menetap di Sarawak, selain bekerja keras untuk kehidupan, mereka juga memberi penekanan terhadap pendidikan anak-anak dan sangat mengambil berat tentang pembangunan pendidikan tempatan.
Hii tidak dapat menghadiri majlis mesyuarat agung merangkap pemilihan semula jawatankuasa Persatuan Foochow Miri hari ini. Beliau diwakili oleh Encik Hii Teck Yun untuk menyampaikan ucapannya.
Beliau berkata Tadika Bandar Peranginan Miri telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan kini memasuki tahun kelima. Dengan usaha dan sokongan kuat jawatankuasa, ahli-ahli dan para penasihat selama ini, tadika ini telah mencapai kemajuan secara berterusan dan bilangan pelajar telah meningkat daripada puluhan ke hampir seratus kanak-kanak. Pentadbiran berjalan dengan lancar dan penyata kira-kira adalah sihat juga.
Hii amat berterima kasih atas pengawasan teliti lembaga tadika dan usaha bersepadu pengetua dan guru-guru yang seterusnya menggalakkan ibu bapa daripada pelbagai kaum dan etnik untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika ini tanpa rasa kebimbangan.
“Ahli warga tua persatuan kita mempunyai wawasan unik separuh abad yang lalu dalam memohon peruntukan tanah di Bakam untuk kegunaan pendidikan pada masa depan. Projek ini mengambil masa yang lama untuk dirancang dan akhirnya direalisasikan. Ini juga merupakan salah satu matlamat yang sama bagi semua orang Foochow di Miri.”
Beliau berkata walaupun tadika ini agak jauh dari pusat bandar tetapi dengan kawasan kediaman di selatan Miri yang pesat berkembang dan juga suasana tadika yang tenang dan selamat, ibu bapa terus menjadikannya pilihan mereka.
Beliau berharap jawatankuasa yang baru dipilih akan terus mengambil berat dan menyokong tadika ini. Dengan peningkatan jumlah pelajar, kemudahan mesti dinaiktaraf dan sistem pentadbiran perlu dipertingkatkan.
Beliau menyeru agar semua pihak bekerjasama untuk menjadikan Tadika Bandar Peranginan Miri terbaik di rantau ini dan menyumbang ke arah merealisasikan bandaraya Miri sebagai hab pendidikan.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1774","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]