Hii King Chiong: Pemeriksaan Adalah Untuk Menjalankan Tanggungjawab Dan Tidak Berkaitan Dengan Pilihan Raya

01.03.2015--Pasukan khidmat Majulah Miri yang diketuai oleh Dato Hii King Chiong menjelaskan bahawa pemeriksaan masalah infrastruktur jalan adalah tidak berkaitan dengan pilihan raya yang akan datang dan adalah semata-mata untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina dan juga untuk bertindak balas terhadap masalah yang disuarakan oleh para penduduk.

Hii berkata demikian kepada pihak media di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Jalan Riam No. 88 pada pagi ini.

Beliau berkata tujuan pusat khidmatnya ialah untuk berkhidmat kepada rakyat. Jika rakyat menyuarakan masalah-masalah mereka, beliau akan memberi bantuan setinggi-tinggi kemampuannya.

Beliau menyatakan bahawa sesetengah masalah telah menyusahkan para penduduk selama lebih 20 tahun dan pasukan khidmatnya akan melakukan yang terbaik untuk membantu dan menyelesaikan masalah-masalah selagi ia dalam kemampuan pusat khidmat.

Hii mengalu-alukan mereka yang mempunyai masalah kehidupan untuk mendapatkan bantuan daripada pusat khidmatnya. Sejak penubuhan pusat khidmat itu, ia telah menerima dan menyelesaikan banyak aduan.

Sementara itu, Jalan Riam No. 88 juga adalah permintaan pembinaan jalan yang ketiga daripada pasukan khidmat Majulah Miri kepada Majlis Bandaraya Miri.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1755","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"480","typeof":"foaf:Image","width":"360"}}]]