Hii King Chiong : Merancang Dengan Teliti, Berubah Menerusi Inovasi
25.01.2015--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penjaja-Penjaja Bersatu Miri Dato Hii King Chiong berkata bahawa taraf hidup para penjaja telah meningkat sejajar dengan pembangunan tempatan yang pesat. Sebagai penjaja yang sedar dan bijak, perancangan teliti, perubahan dan inovasi adalah penting.
Hii berada di mesyuarat umum ke-19 (kali kedua) dan majlis penerimaan jawatan merangkap majlis anugerah insentif kepada anak-anak ahli persatuan. Beliau berkata pada tahun baru ini, rakan-rakan penjaja perlu mengintrospeksi dan memandang ke hadapan. Terima kegagalan lampau, berani menghadapi masa depan, meraih peluang yang ada dan gigih berusaha.
“Bagi pihak Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong dan ahli-ahli pasukan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan penjaja untuk kerjasama dan sokongan anda. Saya berharap untuk terus berkhidmat untuk masyarakat melalui lebih banyak saluran seperti platform politik di mana saya memerlukan sokongan dan bimbingan anda.”
Beliau menyeru rakan-rakan penjaja agar berubah dan mempertingkatkan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih besar berikutan pembangunan tempatan dalam kehidupan harian mereka.
Hii berharap semua orang akan berusaha membantu persatuan dalam penyelarasan dan penyesuaian dengan dasar-dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Beliau berkata pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada 1 April 2015 akan memberi cabaran baru kepada para penjaja. Rakan-rakan harus menghadapi perubahan dengan tenang dan bijak untuk mengatasi semua kesukaran dan menyesuaikan diri dengan kos hidup yang lebih tinggi.
Beliau mencadangkan pemerhatian dan pembelajaran idea-idea perniagaan penjaja-penjaja di negara-negara maju, terutamanya cara-cara meningkatkan pendapatan mereka serta menangani cabaran.
Hii berkata penjaja melayan para pelanggan dengan cermat dan pelanggan bolehlah membeli dengan ketenangan fikiran dan juga makan sihat. Rasa saling percaya antara penjaja dan pengguna menggalakkan masyarakat yang harmoni dan sihat.
“Miri merupakan syurga membeli-belah dan makanan. Digandingkan dengan kemesraan dan keramahan para penjaja, Miri mempunyai segala syarat yang perlu untuk perubahan yang lebih mantap bagi mewujudkan suasana perniagaan dan kehidupan yang lebih baik untuk rakan-rakan penjaja.”
Beliau amat berterima kasih kepada Persatuan Penjaja-Penjaja Bersatu Miri kerana mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak ahli. Dia sedar bahawa persatuan telah memupuk banyak bakat cemerlang yang telah melanjutkan pendidikan ke jenjang yang lebih tinggi dan menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Hii meminta jawatankuasa persatuan agar sentiasa memantau perkembangan politik dan ekonomi di negara ini, terus menjaga kebajikan persatuan dan ahli-ahli, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama, mempromosikan industri makanan dan membeli-belah di Miri dan mempertingkatkan penjenamaan dan imej untuk menarik lebih ramai pelancong.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1682","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"311","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]