Hii King Chiong: Menyanyi Mempunyai Potensi Besar, Penyanyi Malaysia Mampu Menjadi Bintang Terkenal.

24.10.2014--Presiden Kehormat Persatuan Kebudayaan Harmoni Miri Dato Hii King Chiong percaya bahawa menyanyi mempunyai ruang potensi yang besar untuk pembangunan di Malaysia berbandingkan Hong Kong, Taiwan dan negara-negara lain. Dengan usaha bersepadu dalam menemui dan memupuk bakat-bakat, penyanyi tempatan mampu menjadi bintang terkenal antarabangsa.

Hii diundang sebagai tetamu khas ke Pertandingan Peringkat Akhir Suara Persatuan Kebudayaan Harmoni Miri tetapi tidak dapat hadir kerana sibuk. Beliau diwakili oleh kaunselor Bruce Chai. Hii berkata bahawa menyanyi adalah satu aktiviti yang baik untuk badan dan minda kita. Beliau menggesa penyertaan belia yang lebih aktif dan menekankan bahawa semangat suka menyanyi mendorong kehidupan yang sihat dan masyarakat yang harmoni.

"Menyanyi bukan sahaja membolehkan kita meluahkan perasaan dalaman tetapi juga menyampaikan mesej kepada pendengar, dengan hasilnya memberi galakan kepada penulis-penulis lagu dan bakat-bakat menyanyi baru. Persatuan Kebudayaan Harmoni Miri menyediakan platform bagi penyanyi untuk menggalakkan persahabatan di samping meningkatkan aktiviti dan tahap menyanyi tempatan".

Hii berharap para penyanyi tidak melupakan warisan budaya mereka sendiri dan hiburan yang sihat ini dapat mewujudkan masyarakat yang bahagia dan bersatu padu. Beliau juga berharap para penyanyi boleh berkenalan dengan kawan-kawan yang baru dan sentiasa mencabar diri mereka sendiri dalam meningkatkan kemahiran menerusi pertandingan menyanyi.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1556","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"241","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]