Hii King Chiong Mengedarkan Bubuk Lambuk Kepada Penduduk Islam

20.06.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Piasau dan pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini mengedarkan 150 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai di sebuah surau di Desa Senadin.

Sampul duit raya turut diberi kepada 25 orang anak yatim dan 27 orang ibu tunggal dari kawasan Senadin, Pujut dan Piasau untuk meraikan keberkatan bulan Ramadan.

Hii diiringi isterinya Datin Ting Hua Eng, setiausaha politik kepada ketua menteri Suzanne Lee Tze Ha, Pengerusi UPP Pujut kaunselor Bruce Chai dan lain-lain lagi untuk mengedarkan bubur lambuk di mana orang ramai beratur menerima makanan tersebut.

Tujuan menganjurkan aktiviti ini adalah untuk meraikan musim perayaan orang Melayu. Bubur lambuk diedarkan kepada rakan-rakan Islam untuk dinikmati selepas berbuka puasa.

Sementara itu, projek membesarkan surau yang dijanjikan oleh Hii bulan lepas kini telah selesai. Umat Islam yang tinggal di persekitaran kawasan itu kini boleh menikmati ruang sembahyang yang selesa dan lebih besar untuk tujuan sembahyang dan aktiviti-aktiviti harian mereka.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2048","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]