Hii King Chiong : Memenuhi Keperluan Rakyat Tempatan Dan Memastikan Pendidikan Terbaik Untuk Semua
24.05.2015--Naib Pengerusi Persatuan Foochow Miri Dato Hii King Chiong berkata bahawa Datuk Ling Suk Kiong bukan sahaja seorang tokoh Foochow popular tetapi juga usahawan dan dermawan terkenal yang memberi sumbangan besar kepada kerja-kerja amal, kebajikan, pendidikan, agama, pertubuhan dan persatuan.
Beliau berkata bahawa pemilihan Ling sebagai pemimpin persatuan amat elok dan menyeru jawantankuasa dan ahli-ahli untuk memberi sokongan dan kerjasama penuh dan berusaha bersama-sama ke arah kejayaan dalam mencapai matlamat persatuan.
Hii membuat kenyataan tersebut dalam ucapannya di majlis penerimaan jawatan bagi jawatankuasa baru dipilih untuk persatuan, bahagian belia, wanita dan veteran untuk 2015-2016 merangkap majlis penghargaan warga emas.
Juga Pengerusi Lembaga Tadika Bandar Peranginan Miri, Hii berkata bahawa penubuhan tadika itu adalah satu kebanggaan saudara-saudari Foochow dan satu komitmen jangka masa panjang ke arah mencapai matlamat bersama dalam pembangunan pendidikan negara.
Beliau menambah bahawa sebagai penduduk Miri, mereka akan memberi sokongan tanpa syarat dalam usaha ke arah wawasan merealisasikan bandaraya Miri sebagai hab pendidikan.
8 tahun yang lalu ketika Hii ialah Pengerusi Persatuan Foochow Miri, tanggungjawab pembinaan tadika telah diamanahkan kepada beliau dan jawatankuasa persatuan oleh dua saudara veteran, iaitu pengerusi kehormat sepanjang hayat Wong Yuk Choo dan Ling Kwong Yu. Tanpa sokongan dan inisiatif mereka, tidak akan wujudnya tadika bandar peranginan hari ini.
Beliau berkata bahawa permohonan untuk pembinaan, pengambilan kakitangan, pendaftaran pelajar dan pembukaan tadika telah dilaksanakan dengan teliti. Dana pembinaan yang besar, pengambilan dan pemilihan kakitangan, penyelenggaraan sekolah dan penyeliaan pentadbiran telah dilaksanakan oleh para pekerja pendidikan yang profesional dan pasukan yang dibentuk oleh jawatankuasa persatuan.
Hii berkata bahawa beliau berterima kasih kepada saudara-saudari Foochow dan Pengerusi Kumpulan Soon Hup Datuk Ting Ong Hua untuk persefahaman, kemurahan hati dan sumbangan mereka dalam meringankan beban kewangan tadika dalam 6 tahun. Jumlah pelajar tidaklah banyak pada tahun-tahun awal dan perbelanjaan pentadbiran pula merupakan satu komitmen. Walau bagaimanapun, sekolah telah pun mencapai pulangan modal bermula tahun ini.
Beliau menjelaskan bahawa sekolah memerlukan sokongan yang berterusan daripada saudara-saudari Foochow dan orang ramai. Tadika tersebut terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira kaum dan etnik. Bilangan pelajar meningkat setiap tahun dan pembinaan sebuah sekolah rendah sedang dipertimbangkan.
Hii menyatakan bahawa tiadanya patah balik dalam memberi perkhidmatan pendidikan tetapi hanya boleh bergerak ke depan untuk memenuhi keperluan rakyat serta menyelaras dengan dasar pembangunan pendidikan negara bagi memastikan pendidikan yang terbaik untuk semua.
Beliau juga menggalakkan para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke Tadika Bandar Peranginan Miri kerana ia adalah tempat terbaik untuk memperoleh pendidikan asas.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1914","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"313","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]