Hii King Chiong : Memberi Sumbangan Dan Berkhidmat Kepada Rakyat Ialah Matlamat Utama Menyertai Politik

24.04.2015--Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Piasau Dato Hii King Chiong berkata ia amatlah memberangsangkan melihat kedua-dua UPP dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di bawah bendera Barisan Nasional datang bersama menunjukkan keprihatinan terhadap isu penempatan semula penduduk setinggan Kampung Merikan Tiga. Beliau berharap kedua-dua pihak akan terus bekerjasama dan memberi lebih banyak sumbangan kepada rakyat.

Hii memberitahu wartawan ketika pertemuan bersama penduduk di Kampung Merikan Tiga bahawa matlamat utama penyertaan dalam politik ialah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Di bawah bendera BN, semua pihak tidak patut dibezakan dan harus bekerjasama sebagai satu pasukan demi masa depan yang lebih baik.

Beliau menekankan bahawa kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kedua-dua parti dalam membantu para penduduk kampung hari ini merupakan contoh yang terbaik dalam memberi sumbangan kepada rakyat tanpa membezakan di antara satu sama lain.

Hii berkata sebelum UPP ditubuhkan, beliau telah mengetuai Majulah Miri dalam berkhidmat kepada masyarakat selama bertahun-tahun. Walaupun Majulah Miri ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, ia akan cuba melakukan yang terbaik selagi ia dalam kemampuannya.

Beliau berharap UPP, Majulah Miri dan lain-lain pihak boleh bekerjasama untuk melakukan lebih banyak sumbangan kepada rakyat, menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1871","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"282","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]