Hii King Chiong : Majulah Miri Sedia Membantu Golongan Yang Memerlukannya

11.04.2015--Pusat khidmat masyarakat Majulah Miri sentiasa bersedia membantu dengan sedaya upaya golongan yang memerlukannya.

Pengasas Majulah Miri Dato Hii King Chiong hari ini menyerahkan lima buah basikal kepada Rukun Tetangga (RT) Taman RBA Lutong Baru.

Hii amat gembira melihat organisasi swasta di Miri memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya dalam usaha menyelesaikan pelbagai jenis masalah masyarakat. Beliau berjanji untuk memberi bantuan kepada sesiapa sahaja di mana-mana juga yang memerlukan pasukan khidmatnya.

Beliau berkata masih ramai orang yang memerlukan pertolongan dan Majulah Miri akan cuba sedaya upaya untuk memberi bantuan. Beliau berharap ahli-ahli masyarakat tampil menyertai pasukan khidmat untuk berkhidmat kepada rakyat dan bekerjasama dalam memberi sumbangan demi kebaikan Miri.

Basikal-basikal tersebut adalah sumbangan daripada sebuah organisasi swasta tempatan kepada Rukun Tetangga (RT) Taman RBA Lutong Baru sebagai cara pengangkutan untuk rondaan malam.

Beliau juga memuji perpaduan para penduduk Taman RBA dalam mengasaskan pasukan peronda sukarela rukun tetangga untuk melakukan rondaan pada setiap malam yang telah berjaya mengurangkan jenayah tempatan.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1845","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"318","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]