Hii King Chiong : Kesihatan Adalah Kekayaan, Banyaklah Bersenam Untuk Kesihatan
19.11.2014--Presiden Kehormat Dan Penasihat Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang Dato Hii King Chiong berkata bahawa kesihatan adalah kekayaan yang paling besar. Seseorang mesti sentiasa bersenam untuk kesihatan. Latihan Senaman Hexiang Zhuang Qigong secara konsisten boleh membawa kesihatan dan kegembiraan.
Hii diundang sebagai tetamu kehormat untuk sambutan ulang tahun ke-14 Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang merangkap ulang tahun ke-34 Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang China. Beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dan diwakili oleh penasihat undang-undang Peter Ling.
Hii berkata bahawa 1119 merupakan tarikh bertuah untuk sambutan ulang tahun ke-14 Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang dan ulang tahun ke-34 Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang China. Di bawah kepimipinan baik Encik Hii Teck Yun dan ahli-ahli jawatankuasa selama 14 tahun, ahli-ahli dan stesen-stesen senaman telah bertambah.
Beliau berkata Senaman Qigong Hunyuan Hexiang telah memperolehi populariti selaras dengan peningkatan kesedaran kesihatan. Beliau memuji para pemimpin dan mentor yang bekerja keras dan mengajar ahli-ahli selama 14 tahun.
“Saya berharap lebih ramai ahli akan menyertai senaman ini. Kita mesti menghormati para mentor, belajar bersungguh-sungguh dan menjadikan persatuan lebih besar dan baik.”
Hii berkata bahawa semua pemimpin dan ahli harus terus bekerja keras dalam melatih lebih ramai ahli dan menubuhkan lebih banyak stesen senaman. Beliau berharap untuk peningkatan berterusan kemahiran para mentor dan kajian kemahiran yang lebih maju.
Persatuan sekali-sekala membuat lawatan ke stesen-stesen lain untuk menggalakkan komunikasi di kalangan ahli-ahli dan memberi peluang kepada para ahli untuk berkongsi lebih banyak maklumat kesihatan dan teknik. Hii berharap agar lebih banyak seminar dan sesi senaman diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan minat terhadap senaman itu bagi membentuk masyarakat yang sihat, bersemangat dan saling berhubungan. Beliau memuji semangat dan disiplin ahli-ahli dalam membuat Senaman Qigong Hunyuan Hexiang.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1612","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"249","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]