Hii King Chiong: Galakkan Ajaran Etika Dan Moral Untuk Menyempurnakan Akhlak!
05.05.2015--Penasihat Kehormat Sepanjang Hayat Persatuan Penganut Sha Jiang Miri Dato Hii King Chiong seikhlasnya berharap ahli-ahli persatuan akan menggalakkan ajaran etika dan moral untuk membasmi amalan buruk dan menyempurnakan ahklak di dalam masyarakat, mendorong sikap berdikari dan melakukan amalan baik dengan membantu orang lain.
Beliau berharap persatuan akan serta-mertanya merancang aktiviti-aktiviti, merekrut ahli-ahli baru dan berkhidmat kepada masyarakat.
Persatuan Penganut Sha Jiang Miri pada petang ini mengadakan majlis angkat sumpah pelantikan ahli jawatankuasa pertama merangkap sambutan makan malam pengasasan persatuan di Restoran Boulevard. Hii telah dijemput sebagai tetamu kehormat dan membuat kenyataannya dalam ucapan beliau.
Beliau berkata ia merupakan fungsi persatuan untuk menyatukan kekuatan orang ramai dan membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam usaha mencapai masyarakat harmoni dan penyayang.
Hii berkata bahawa setiap orang mesti melayani orang lain sama rata dengan penuh kasih sayang tanpa mengira kaum, etnik, agama dan kepercayaan serta memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam usaha menggalakkan akhlak baik dan berusaha ke arah mencapai objektif persatuan.
Beliau menjelaskan bahawa walaupun masyarakat utilitarian dipengaruhi oleh godaan dan sikap mementingkan diri dalam zaman teknologi canggih kini, masih terdapat ramai yang berkongsi impian yang sama dalam berkhidmat dan memberi bantuan kepada orang lain dengan kasih sayang sejati.
Hii berkata bahawa minda manusia mempunyai benih-benih cinta kasih sejak lahir. Ia wujud selamanya dan gen cinta kasih akan diaktifkan melalui asuhan dan bimbingan yang teliti. Daripada perspektif Buddhis dalam Karma-Nemesis, usaha gigih akhirnya akan menghasilkan buah dan perbuatan baik akan menghasilkan buah karma baik.
Beliau berkata persatuan itu telah ditubuhkan oleh sekumpulan rakan-rakan yang berfikiran sehaluan bagaikan adik-beradik dan bersama-sama memikul tanggungjawab dan kesusahan. Kejayaan atau kegagalan persatuan bergantung kepada kualiti membuat keputusan para pemimpinnya dan perpaduan ahli-ahlinya.
“Saya sangat yakin dengan anda semua dan percaya Persatuan Penganut Sha Jiang Miri mempunyai masa depan yang cerah dan berjaya.”
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1889","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]