Hii King Chiong BerJanji Untuk Membantu Dalam Permohonan Tanah Bagi Penempatan Semula

26.04.2015--Ketua pusat khidmat masyarakat Dato Hii King Chiong amat bimbang mengenai keselamatan seisi keluarga yang menetap di lereng bukit Kampung Lereng Bukit. Beliau berjanji untuk membantu penghuni dalam permohonan tanah bagi penempatan semula ke tempat tinggal yang lebih selamat.

Rosia Usop tinggal di dalam sebuah rumah kayu di lereng bukit selama 15 tahun. Oleh kerana kemiskinan, beliau tidak mampu untuk membaiki rumah yang usang dan atap yang rosak. Pada hari hujan, air akan mengalir terus ke dalam rumah.

Beliau berkata bila hujan lebat, mereka terpaksa berteduh di rumah saudara yang berdekatan. Mereka akan kembali untuk membersihkan rumah mereka selepas hujan berhenti.

Penduduk tempatan meminta pertolongan daripada Hii. Selepas pemeriksaan, beliau menyedari bahawa rumah tersebut tidak selamat untuk didiami dan keluarga itu perlu berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Beliau berkata Majulah Miri akan membantu Rosia dengan mendapatkan tanah daripada Jabatan Tanah Dan Ukur untuk tujuan penempatan semula.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1878","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]