Hii King Chiong : Bekerjasama & Berkembang, Komuniti Cina Harus Berusaha & Membentuk Matlamat Yang Sama
2.11.2014--Dato Hii King Chiong percaya bahawa kem latihan kepimpinan merupakan aktiviti yang sangat praktikal dan berkesan. Beliau berharap agar lebih banyak program latihan sebegini dianjurkan bagi memacu persatuan-persatuan Cina untuk bekerjasama dan berkembang dan masyarakat Cina untuk berusaha dan membentuk matlamat yang sama demi hubungan interaktif yang baik.
Hii tidak dapat menghadiri majlis penutupan Kem Latihan Pemimpin-Pemimpin Persatuan Cina Ke-6 dan diwakili oleh Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Suzanne Lee Tze Ha.
Hii berkata Malaysia adalah sebuah negara membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum dengan setiap kaum mempunyai pandangannya sendiri. Oleh itu, dalam pelaksanaan apa juga keputusan, pasti adanya kesulitan dan ketidaksamaan.
"Perdana Menteri kita, Dato 'Sri Mohd Najib, telah berkali-kali menekankan kepentingan mengamalkan kesederhanaan dan menolak ekstremisme, yang mana persatuan-persatuan Cina sangat menyetujui. Ini kerana kita inginkan sebuah negara yang bertolak ansur, bersatu dan harmoni."
Hii menegaskan bahawa keadaan semasa amat membimbangkan kerana terdapat segolongan orang yang dipengaruhi oleh ekstremisme dan ini menyebabkan konfrontasi ideologi dan keadaan huru-hara.
Beliau berpendapat bahawa persatuan-persatuan Cina perlu mencapai kata sepakat dan membina semangat kerjasama untuk memimpin masyarakat Cina ke arah perpaduan negara, yang mana pemimpin-pemimpin Cina kita telah berusaha bertahun-tahun lamanya.
Hii sangat gembira dengan perkhidmatan berdedikasi kepada masyarakat oleh pemimpin-pemimpin Cina di negara kita. Beliau berharap generasi muda dapat belajar daripada para tetua dan menyertai kerja-kerja sosial secara aktif bagi membina rasa tanggungjawab yang positif dalam perkhidmatan sosial.
Beliau berkata kita mesti gembira diberi peluang berkhidmat untuk masyarakat dengan hati yang bersyukur. Beliau berharap pengetahuan dan informasi yang dipelajari daripada latihan tersebut akan meningkatkan kualiti perkhidmatan sosial, yang dihulurkan dengan ikhlas dan penuh semangat oleh ‘para pekerja sosial yang gembira’.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1559","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"205","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]